Pemandu langgar kenderaan lain berdepan tuduhan trafik pertama berkaitan etomidate
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 31 tahun yang dipercayai memandu melawan arah aliran trafik dan berlanggar dengan kenderaan lain akan didakwa pada Khamis (18 Dis) kerana memandu di bawah pengaruh etomidate.
"Ini adalah kes pertama di mana seorang pemandu akan didakwa atas kesalahan trafik yang melibatkan penyalahgunaan etomidate," menurut polis dalam kenyataan media.
Menurut polis, lelaki itu memandu melawan arah aliran trafik di Supreme Court Lane pada 14 Julai, antara 5.40 petang dengan 6.30 petang.
"Dia kemudian memandu terus melalui persimpangan trafik di lorong pusing kanan sahaja dalam trafik yang sesak, ke arah laluan kenderaan lain," tambah polis.
"Dia tidak memperlahankan kenderaan, yang mengakibatkan perlanggaran dengan kenderaan di Bras Basah Road ke arah Raffles Boulevard berhampiran Bencoolen Street."

Polis menyatakan bahawa pegawai di tempat kejadian mendapati lelaki itu menunjukkan tanda-tanda pertuturan tidak jelas dan tindak balas yang lambat terhadap soalan.
Dia juga dikatakan tidak dapat memberi penjelasan yang jelas tentang bagaimana kemalangan itu berlaku.
Lelaki itu didapati negatif bagi alkohol pada alat uji nafas.
Walau bagaimanapun, etomidate dikesan dalam sampel darahnya dalam analisis darah seterusnya oleh Penguasa Sains Kesihatan (HSA).
Tiga vape dan satu paket rokok seludup ditemui dalam keretanya, menurut polis.

Etomidate diklasifikasikan sebagai dadah terkawal Kelas C pada 1 September apabila Singapura meningkatkan usaha untuk membanteras vape dan Kpod, atau pod vape yang mengandungi etomidate.
Lelaki itu juga akan didakwa kerana memandu secara berbahaya, yang membawa denda maksimum S$5,000, hukuman penjara sehingga 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.
Kesalahan memandu di bawah pengaruh dadah membawa denda antara S$2,000 hingga S$10,000, hukuman penjara sehingga 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.
Lelaki itu juga mungkin hilang kelayakan memandu semua kelas kenderaan.
"Memandu di bawah pengaruh dadah adalah sangat berbahaya dan tidak bertanggungjawab," menurut polis.
"Dalam kes ini, etomidate menjejas pertimbangan pemandu, menyebabkan dia memandu secara berbahaya dan berlanggar dengan kenderaan lain. Mujur tiada sesiapa yang cedera."

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.