Skip to main content

Singapura

Pemandu khidmat kereta sewa, penumpang SG maut dalam nahas di Johor Bahru

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu khidmat kereta sewa, penumpang SG maut dalam nahas di Johor Bahru

Dua orang, termasuk seorang lelaki warga Singapura, maut dalam nahas kereta di Johor Bahru pada 20 Julai 2025. (Gambar: Facebook/JWTN KSNG security melaka)

Diterbitkan : 20 Jul 2025 10:17PM Dikemas Kini : 20 Jul 2025 10:18PM
JOHOR BAHRU: Seorang pemandu khidmat kereta sewa privet dan penumpangnya yang merupakan seorang lelaki warga Singapura maut pada pagi Ahad (20 Jul) selepas kereta yang mereka naiki merempuh sebuah lori di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam.

Ketua polis daerah Johor Bahru Utara, Penolong Pesuruhjaya Balveer Singh, berkata kejadian itu berlaku pada pukul 11.27 pagi.

Sebuah kereta Perodua Bezza, yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 48 tahun dan dalam perjalanan ke Skudai dari Johor Bahru, dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh sebuah lori Mitsubishi Fuso.

"Pemandu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala penumpang lelaki berusia 27 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah," katanya kepada agensi berita Malaysia Bernama.

Nahas itu juga dilaporkan oleh media Malaysia yang lain, termasuk The Star, The New Straits Times dan The Malay Mail.

Encik Singh berkata pemandu lori, seorang lelaki berusia 28 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan. Beliau menambah bahawa kejadian itu sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya kerana menyebabkan kematian akibat memanda secara cuai dan merbahaya.

Mediacorp sudah menghubungi Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai warga Singapura yang meninggal dunia itu.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita