Pemandu kereta sewa privet kini boleh minta potongan cukai
Para pemandu kereta sewa privet kini boleh meminta potongan cukai bagi perbelanjaan berkaitan kereta mereka itu seperti bayaran sewa dan minyak.
SINGAPURA: Para pemandu kereta sewa privet kini boleh meminta potongan cukai bagi perbelanjaan berkaitan kereta mereka itu seperti bayaran sewa dan minyak.
Tuntutan tersebut boleh dibuat di bawah pindaan terhadap Akta Cukai Pendapatan yang diluluskan Parlimen hari ini (2 Okt).
Perubahan itu akan berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2019 bagi pendapatan yang diraih tahun ini.
Pada masa lalu, para pemandu kereta sewa privet perlu membayar cukai berdasar pendapatan kasar.
Hal itu berbeza daripada pemandu-pemandu teksi yang dikenakan cukai terhadap pendapatan bersih setelah ditolak perbelanjaannya.
Menteri Kedua Kewangan, Lawrence Wong berkata perubahan itu dilakukan kerana kedua-dua,pemandu kereta sewa privet dan teksi menyediakan khidmat pengangkutan yang serupa.
Perubahan itu dikangka memberi manfaat kepada kira-kira 37,000 pemandu dalam industri kereta sewa privet.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.