Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu kereta sewa, penyedia ujian COVID-19 akan dilindungi bawah POHA

Para pemandu kereta sewa dan mereka yang bertugas menjalankan ujian atau suntikan vaksin COVID-19, antara kategori baru dalam kalangan pekerja khidmat awam yang akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan daripada Gangguan (POHA)

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu kereta sewa, penyedia ujian COVID-19 akan dilindungi bawah POHA

Para pekerja ujian swab antara mereka yang akan mendapat perlindungan di bawah POHA. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 02 Jul 2021 01:49PM Dikemas Kini : 02 Jul 2021 01:52PM

SINGAPURA: Para pemandu kereta sewa dan mereka yang bertugas menjalankan ujian atau suntikan vaksin COVID-19, antara kategori baru dalam kalangan pekerja khidmat awam yang akan dilindungi di bawah Akta Perlindungan daripada Gangguan (POHA).

Pindaan-pindaan itu, yang akan berkuat kuasa mulai Rabu depan (7 Jul), akan memberi lebih banyak perlindungan kepada pekerja-pekerja sedemikian daripada perbuatan-perbuatan aniaya atau gangguan semasa menjalankan tugas, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) hari ini (2 Jul).

Ini merupakan semakan pertama Perintah Perlindungan daripada Gangguan (Pekerja Khidmat Awam) sejak ia diperkenalkan pada 2014.

Para pekerja lain yang akan dilindungi di bawah Akta itu termasuk kakitangan Tadika MOE, pusat-pusat pembangunan awal kanak-kanak di bawah Skim Pengendali Utama Prasekolah (AOP) atau Skim Rakan Pengendali Prasekolah (POP), pekerja di tempat derma darah dan kakitangan tempat perlindungan daripada musibah serta rumah-rumah kebajikan.

Senarai penuh pekerja-pekerja khidmat awam itu boleh diperolehi di laman MHA.

"Undang-undang mengiktiraf pentingnya untuk melindungi penjawat-penjawat awam dan PSW (pekerja khidmat awam) daripada gangguan disebabkan peranan-peranan penting mereka," menurut MHA.

Para pekerja itu menyampaikan khidmat-khidmat penting demi kemaslahatan awam atau memastikan Singapura ditadbir dengan betul, tambah kementerian itu.

Di bawah POHA, mereka yang didapati bersalah menganiaya, menganggu atau melakukan 'doxxing' terhadap seorang mangsa boleh dihukum penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali.

Jika mangsa adalah seorang penjawat awam, pesalah berdepan hukuman lebih berat, seperti penjara sehingga setahun.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan