Pemandu kenderaan berat diberkas susuli nahas MCE; kenderaan dipandu tanpa iringan polis
Seorang pemandu treler diberkas pada Isnin (5 Apr) setelah kenderaannya terlibat dalam satu kemalangan di Ekspreswe Pantai Marina (MCE).
(Gambar: Watson Wong)
SINGAPURA: Seorang pemandu treler diberkas pada Isnin (5 Apr) setelah kenderaannya terlibat dalam satu kemalangan di Ekspreswe Pantai Marina (MCE).
Kemalangan itu berlaku di arah yang menghala ke East Coast Parkway (ECP), menurut polis.
"Pemandu lelaki berusia 39 tahun itu kemudian diberkas kerana memandu sebuah kenderaan berat dengan ketinggian melepasi 4.5 meter tanpa sebarang bantuan pengiring," tambahnya.
Di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya, ia adalah satu kesalahan memandu kenderaan berat tanpa diiringi oleh polis atau polis tambahan, jika ketinggiannya melebihi 4.5 meter.
Menurut Pasukan Polis Singapura (SPF), pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan itu sekitar pukul 11.30 pagi.
Gambar-gambar yang dihantar oleh seorang pembaca Mediacorp menunjukkan sebilangan besar perkakasan di jalan raya bersebelahan dengan treler itu, yang menghalang tiga lorong lalu lintas.
Tiada kecederaan dilaporkan dan siasatan sedang dijalankan, menurut polis.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.