Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu Grab maut dalam nahas di Ang Mo Kio; kematian ke-40 di tempat kerja pada 2022

Seorang pemandu Grab berusia 68 tahun meninggal dunia pada Ahad (16 Okt) dalam nahas di Ang Mo Kio melibatkan tiga kenderaan - kereta, lori dan bas.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu Grab maut dalam nahas di Ang Mo Kio; kematian ke-40 di tempat kerja pada 2022

Gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan kemalangan di persimpangan antara Ang Mo Kio Avenue 5 dengan Ang Mo Kio Industrial Park 2 pada 16 Oktober 2022.

SINGAPURA: Seorang pemandu Grab berusia 68 tahun meninggal dunia pada Ahad (16 Okt) dalam nahas di Ang Mo Kio melibatkan tiga kenderaan - kereta, lori dan bas.

Ia merupakan kematian ke-40 yang berlaku di tempat kerja tahun ini, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Isnin (17 Okt).

Menurut MOM, pemandu Grab itu sedang membawa seorang penumpang dan memandu di Ang Mo Kio Avenue 5, menuju ke Buangkok Green. Beliau sedang membelok ke kanan, mengikut budi bicaranya, di simpang Ang Mo Kio Industrial Park 2 apabila sebuah lori dari arah bertentangan bertembung dengan keretanya sekitar pukul 1.00 tengah hari.

Pemandu Grab itu dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri di mana beliau kemudian meninggal dunia akibat kecederaannya.

Penumpang yang menaiki keretanya, seorang wanita berusia 33 tahun, dan pemandu lori berkenaan berada dalam keadaan sedar apabila dibawa ke hospital, menurut polis.

"Pemandu lori, lelaki berusia 55 tahun, dan seorang pemandu bas, lelaki berusi 65 tahun, sedang membantu siasatan polis," tambahnya.

Mediacorp sudahpun menghubungi Grab untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.

Jumlah kematian di tempat kerja sudah meningkat. Setakat tahun ini, 40 kematian dilaporkan, lebih tinggi berbanding 37 kematian sedemikian yang dilaporkan sepanjang tahun lalu.

Hal itu mendorong MOM untuk mengenakan tempoh tangguh kerja mandatori demi keselamatan pada bulan lalu ke atas syarikat-syarikat dalam sektor berisiko lebih tinggi.
 
Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan