Pemandu Grab, Gojek saksikan pendapatan lebih rendah; Grab sifatkan penurunan sebagai 'musiman'
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: TODAY
SINGAPURA: Pemandu Grab dan Gojek menyedari pendapatan mereka semakin berkurangan sejak enam bulan lalu. Namun, Grab, yang juga firma pengangkutan terbesar di sini, menyifatkannya sebagai sesuatu yang musiman.
Encik Lee Chin Chye, 56 tahun, sebelum ini menjana pendapatan antara S$300 hingga S$500 selepas memandu selama 10 jam setiap hari. Ini mula merosot sejak enam bulan lalu dan kini, beliau meraih pendapatan sekitar 10 peratus lebih rendah, sekalipun beliau memandu untuk tempoh yang sama.
"Persaingan (antara platform) mempunyai banyak kaitan dengannya, kemerosotan dalam permintaan daripada penumpang juga ada kaitan dengannya," ujar Encik Lee, yang hanya menerima tempahan di Grab.
Mediacorp menemui beberapa pemandu kereta sewa privet, dan kesemua mereka yang menggunakan Grab atau Gojek mengatakan bahawa tambang kini lebih rendah dan pendapatan mereka turut merosot.
Tiga pemandu sebaliknya berkongsi bahawa mereka tidak menyaksikan sebarang penurunan, mengendalikan khidmat di platform TADA, yang dikenali dengan model komisen sifarnya.
Sejauh ini, Grab mahupun Gojek belum menjawab pertanyaan Mediacorp mengenai sama ada pihaknya akan mengurangkan tambang.
Grab ialah pemain dominan antara lima firma pengangkutan utama di Singapura, dengan 50.2 peratus bahagian pasaran pada 2022, menurut platform data Measurable AI. Ini disusuli dengan Gojek pada 17.7 peratus, ComfortDelGro dengan 15.1 peratus dan TADA dengan 11.1 peratus. Ryde ialah pemain terkecil dengan 5.9 peratus dicatat.
Pendapatan yang kian menurun menjadi kebimbangan yang semakin meningkat, terutama sekali dalam kalangan pemandu muda atau mereka yang mempunyai liabiliti kewangan, jelas para pemandu.
Seorang pemandu Gojek berusia 31 tahun, yang enggan dinamakan, menarik perhatian bahawa 10 peratus, yang menjejas pendapatannya, "sukar" untuk diterima tetapi beliau tidak mempunyai rancangan untuk berhenti.
Beliau kehilangan pekerjaan sebelum ini disebabkan kecederaan yang dialami di tempat kerja dan telah menjadi pemandu platform selama lima tahun untuk membiayai lima anaknya.
Seorang lagi pemandu, yang mempunyai pinjaman untuk dibayar dan perlu menyara kehidupan seorang anaknya yang berusia 5 tahun adalah Encik Lee, yang enggan nama penuhnya didedahkan.
Pendapatannya telah jatuh kira-kira 20 peratus sejak enam bulan lalu. Meskipun beliau pernah memperoleh kira-kira S$300 sehari untuk 10 jam bekerja, beliau kini memperoleh sekitar S$250 sahaja.
"Saya perlu kurang melancong, makan di restoran. Harga (barangan) semuanya naik tetapi (pendapatan saya) nampaknya menurun," jelas lelaki berusia 56 tahun itu. "Kadang-kadang, sebulan sekali, kebetulan saya terpaksa mengambil pinjaman peribadi untuk menampung (perbelanjaan saya) untuk seketika."
Kos sara hidup yang semakin melonjak, termasuk harga petrol, menambahkan lagi beban, luahnya.
IA BERGANTUNG KEPADA BEKALAN DAN PERMINTAAN: GRAB
Pendapatan pemandu terjejas disebabkan pengimbangan dalam bekalan dan permintaan, ini berubah bergantung kepada musim dan acara, jelas seorang jurucakap Grab.
Ia mengatakan bahawa semasa tempoh permintaan tinggi, seperti acara pesta atau acara yang diadakan secara besar-besaran, tambang dan pendapatan bagi seluruh industri cenderung untuk naik.
"Awal tahun ini, kami menyaksikan permintaan kukuh yang dipacu oleh tempoh perayaan itu - Tahun Baharu dan Tahun Baharu Cina yang berlangsung pada Januari dan Februari - serta sebilangan konsert berprofil tinggi yang berlangsung pada (suku pertama tahun ini) yang menyebabkan permintaan serta tambang lebih tinggi dalam industri itu," jelas jurucakap tersebut.
Misalnya, pada Mac lalu, konsert jelajah bintang pop Amerika Taylor Swift "The Eras Tour", yang semua tiketnya habis dijual, menarik lebih 368,000 pengunjung, yang kebanyakannya terdiri daripada pelancong.
Permintaan biasanya turun semasa musim cuti sekolah pada Jun bagi sekolah awam dan dari Julai hingga Ogos bagi sekolah antarabangsa, memandangkan ramai yang melancong di luar Singapura, menurut Grab.
"Ini berlaku setiap tahun," tekannya.
Ia menambah bahawa dalam beberapa bulan akan datang, para pemandu akan menyaksikan lebih banyak permintaan penumpang.
"Kami menyaksikan peningkatan dalam permintaan menyusuli berlangsungnya cuti sekolah, dan menjangkakan permintaan yang lebih tinggi menjelang separuh akhir tahun, yang mana lebih banyak acara berprofil tinggi sedang diadakan, (seperti) Formula 1," kata jurucakap itu.

ADAKAH PERSAINGAN ANTARA PLATFORM PENYEBAB PENURUNAN TAMBANG?
Pendapatan pemandu kereta sewa privet tidak menyusut kerana terdapat lebih ramai pemandu sedemikian. Perangkaan yang didedahkan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menunjukkan bahawa bilangan lesen vokasional bagi pemandu sewa privet menurun sedikit daripada 54,054 pada Januari kepada 53,536 pada Jun.
Kebimbangan yang lebih besar bagi para pemandu adalah persaingan antara platform pengangkutan.
"Saya percaya semua syarikat teknologi ini cuba bersaing antara satu sama lain, tetapi dengan berbuat demikian, mereka mengutamakan kepentingan mereka (berbanding) kepentingan pemandu," ujar seorang pemandu Grab berusia 67 tahun, yang enggan dinamakan.
Berkongsi sentimen serupa, seorang pemandu yang beroperasi di kedua-dua platform TADA dan Grab, yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Tan, berkata adalah wajar bahawa dengan lebih banyak persaingan, tambang akan menjadi lebih rendah.
"Anda tidak boleh mengharapkan untuk mengenakan tambang yang tinggi, jika tidak siapa yang mahu mengambil (khidmat kami)? Semua orang mempunyai TADA, Ryde, Grab, mereka boleh mencari harga terendah," kata lelaki berusia 72 tahun itu.
Pemandu di TADA, yang mengatakan pendapatan mereka tidak berubah, menarik perhatian bahawa mereka menggunakan platform yang lebih kecil sekalipun mereka mendapat tempahan yang lebih sedikit kerana mereka tidak perlu membayar komisen TADA.
Walau bagaimanapun, seorang pemandu tidak menjangkakan model komisen sifar itu dapat menjadi ciri buat jangka panjang.
"Saya menikmati ini sekarang, tetapi saya tidak fikir ia akan sentiasa seperti itu, melainkan TADA mencari jalan untuk mengaut keuntungan daripada cara lain," kata seorang pemandu sambilan berusia 55 tahun, yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Ng.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.