Skip to main content

Singapura

Pemandu Grab dihukum penjara; upah S$10,000 gantikan tempatnya bagi kesalahan trafik

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu Grab dihukum penjara; upah S$10,000 gantikan tempatnya bagi kesalahan trafik

Gambar fail seorang pemandu Grab. (Gambar: TODAY)

SINGAPURA: Selepas melakukan kesalahan trafik semasa membawa penumpang, seorang pemandu Grab mengupah seorang lelaki S$10,000 untuk bersubahat membuat aturan bagi pihak ketiga menggantikan tempatnya bagi kesalahan tersebut.

Lelaki itu mendapatkan isterinya untuk berbuat demikian, apabila tiada pemandu sanggup melakukannya.

Tertuduh, Candy McDonald, yang juga dikenali sebagai Lim Siew Peng, pada Selasa (1 Nov) dijatuhi hukuman penjara empat hari, denda S$2,500 dan dilarang memandu selama 15 bulan.

McDonald, 51 tahun, mengaku bersalah atas satu tuduhan memandu secara bahaya dan menghalang proses keadilan.

Mahkamah diberitahu bahawa McDonald adalah teman Koh Chew Seng, 46 tahun dan isterinya, yang dituduh bersama.

Koh juga seorang pemandu Grab, dan mengendalikan sebuah syarikat kereta sewa, dikenali sebagai Koheng Auto.

Pada Disember 2019, Koh menasihatkan McDonald untuk menyewa kereta dari syarikatnya.

Pada 16 Mei 2020, McDonald memandu secara bahaya semasa membawa penumpangnya dalam kereta sewa itu. Dia memandu melawan arah trafik untuk memotong sebuah kenderaan lain, nyaris bertembung dengan kenderaan menyebabkan pemandu itu terpaksa menekan breknya untuk mengelak sebarang pelanggaran.

TERTUDUH BERUNDING DENGAN KOH MENGENAI KESALAHAN

Pada Jun 2020, Koh menerima surat saman daripada polis trafik, yang menyatakan bahawa kereta tersebut digunakan untuk melakukan kesalahan memandu dengan cuai.

Jumlah komposisi atau denda di luar mahkamah ialah S$200 dan pemandu akan mendapat enam mata demerit.

McDonald mengaku melakukan kesalahan itu tetapi keberatan untuk menerima mata demerit kerana dia enggan lesen memandunya ditarik balik, sekali gus menjejas pekerjaannya pemandu Grab.

McDonald bersetuju untuk membayar Koh S$10,000, dalam ansuran mingguan sebanyak S$200, bagi Koh mencari pemandu lain untuk menanggung kesalahan McDonald.

Pada 14 Januari 2021, McDonald membuat laporan polis, mengaku bahawa dia sudah membayar Koh untuk membantunya mengelak daripada lesennya dibatalkan. Koh dihukum penjara selama seminggu sebelum ini atas peranannya.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita