Pemandu Grab didenda S$2,000 kerana seleweng telefon ditinggalkan penumpang
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: TODAY
SINGAPURA: Seorang pemandu Grab didenda S$2,000 oleh mahkamah pada Rabu (20 Dis) kerana menyimpan telefon bimbit yang ditinggalkan oleh seorang penumpang dalam kenderaannya.
Kah Koong Chong, 61 tahun mengaku bersalah kerana melakukan penyelewengan tidak jujur.
Mahkamah diberitahu bahawa mangsa, seorang konsultan perniagaan berusia 22 tahun, membuat tempahan Grab sekitar pukul 1.00 pagi pada 1 September lalu.
Setelah Kah menurunkan pelanggan itu, dia mengambil seorang lagi penumpang di sebuah pusat beli-belah dekat Dunearn Road.
Penumpang berkenaan menemui telefon bimbit milik mangsa di tempat duduk belakang lalu beliau menyerahkannya kepada Kah.
Namun Kah secara tidak jujur menyimpan telefon bimbit tersebut yang bernilai S$1,469.
Mangsa membuat aduan polis dua hari kemudian berhubung telefon bimbitnya yang hilang.
Siasatan mendapati Kah merupakan orang yang mengambilnya. Apabila telefon bimbit itu tidak berjaya ditemui, Kah membuat bayaran penuh kepada mangsa.
Menurut kod tatalaku Grab, jika seorang pengguna Grab tertinggal barangan mereka di dalam kenderaan, para pemandu Grab "perlu memaklumkan hal itu kepada Grab dan lakukan sedaya upaya untuk memulangkan barangan itu kepada pemiliknya atau Grab".
Bagi kesalahan penyelewengan tidak jujur, Kah boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.