Pemandu Gojek dikenakan komisen 15% mulai 1 Feb 2023 sedang SG bangkit lebih kukuh dari pandemik
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Ooi Boon Keong/TODAY)
SINGAPURA: Syarikat khidmat kereta sewa Gojek akan menaikkan komisen yang dikutip daripada pemandu kereta sewanya dari 10 peratus kepada 15 peratus menjelang 1 Februari 2023, menurut syarikat tersebut pada Isnin (19 Dis).
Sungguhpun demikian, kadar tersebut masih lebih rendah daripada 20 peratus yuran perkhidmatan yang dikenakan ke atas para pemandunya sebelum ini.
Syarikat itu telah mengurangkan separuh komisennya sejak 21 Jun 2021 bagi meningkatkan pendapatan para pemandunya di tengah-tengah pandemik COVID-19.
Buat masa ini, pesaingnya, Grab mengenakan komisen sebanyak 20 peratus ke atas para pemandunya, menurut laman web syarikat itu.
Gojek menyatakan pada Isnin (19 Dis) bahawa ia memutuskan untuk menaikkan komisennya selama "sekurang-kurangnya 12 bulan" sedang Singapura "bangkit lebih kukuh" daripada pandemik.
"Kami memahami cabaran yang dihadapi oleh para pemandu kami, dengan harga minyak yang tinggi serta kos operasi dan kami sudah berunding dengan mereka secara rapat mengenai keputusan ini. Oleh itu, kami tidak akan memulihkan bayaran perkhidmatan sepenuhnya," kata jurucakap Gojek.
Sebelum ini, syarikat tersebut menyatakan bahawa kadar komisen sebanyak 10 peratus akan diteruskan sehingga hujung tahun ini.
Gojek menambah pada Isnin (19 Dis) bahawa ia akan meneruskan "yuran pemandu" di mana penumpang dikenakan S$0.50 atau S$0.80 berdasarkan jarak perjalanan dan jumlah itu diberikan terus kepada pemandu sehingga "sekurang-kurangnya" 30 Jun 2023.
Menurut syarikat itu, ia juga akan membuat perubahan pada skim insentif pemandu untuk memberi ganjaran kepada pemandu "setia", di samping "membolehkan mereka memandu dengan yuran perkhidmatan serendah 0 peratus", meskipun ia tidak menjelaskan dengan lebih lanjut.
"Perubahan-perubahan ini diselaraskan dengan tumpuan Gojek untuk mengekalkan perniagaan yang kukuh dan berdaya mampan di Singapura dalam jangka panjang, serta menyokong strategi GoTo untuk mempercepatkan usahanya mencapai kebebasan kewangan" tambah syarikat itu.

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.