Skip to main content

Singapura

Pemandu ditahan setelah treler dipandunya langgar jejambat di AYE

Sebuah treler yang membawa barang yang dilonggok setinggi lebih 4.5 meter bertembung dengan jejambat Clementi di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) pada Isnin (18 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu ditahan setelah treler dipandunya langgar jejambat di AYE

Gambar dikongsi di media sosial menunjukkan sebuah treler melanggar jejambat Clementi pada 18 Jan 2020.

Diterbitkan : 18 Jan 2021 08:28PM Dikemas Kini : 18 Jan 2021 08:33PM

SINGAPURA: Sebuah treler yang membawa barang yang dilonggok setinggi lebih 4.5 meter bertembung dengan jejambat Clementi di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) pada Isnin (18 Jan).

Menjawab pertanyaan Mediacorp, polis menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 7.07 pagi.

Pemandu berusia 45 tahun itu ditangkap kerana melanggar melanggar struktur awam serta "memandu kenderaan bermotor berat dengan ketinggian melebihi 4.5 meter tanpa pengiring", tambah polis.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan seorang cedera ringan dalam kejadian itu dan enggan dibawa ke hospital.

Menyusuli kejadian itu, pemeriksaan ke atas jejambat tersebut dilakukan bagi menentukan sebarang kerosakan.

"Keutuhan strukturnya tidak terganggu dan jejambat tetap selamat digunakan," menurut Penguasa Pengangkutan Darat.

Siasatan sedang dijalankan. 

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita