Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu ditahan dalam nahas di PIE libatkan 3 lori, 1 treler

Seorang pemandu lori berusia 44 tahun ditangkap kerana memandu ketika lesen memandunya digantung, selepas satu kemalangan pada Khamis (25 Mac) di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu ditahan dalam nahas di PIE libatkan 3 lori, 1 treler

Petikan dari video yang dihantar kepada Traffic Watch

Diterbitkan : 25 Mar 2021 09:56PM Dikemas Kini : 25 Mar 2021 10:08PM

SINGAPURA: Seorang pemandu lori berusia 44 tahun ditangkap kerana memandu ketika lesen memandunya digantung, selepas satu kemalangan pada Khamis (25 Mac) di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE).

Kejadian berlaku kira-kira 11.05 pagi dekat susur keluar Clementi Avenue 6 ke arah Tuas.

Ia melibatkan tiga lori dan sebuah treler, kata polis, sambil menambah bahawa seorang pemandu lori berusia 56 tahun berada dalam keadaan sedarkan diri ketika dibawa ke hospital.

"Seorang lagi pemandu lori lelaki berusia 44 tahun kemudian ditangkap kerana memandu semasa lesennya digantung," menurut polis.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan seorang individu ditemui terperangkap di tempat duduk pemandu dan diselamatkan dengan menggunakan alat penyelamat hidraulik. Individu tersebut dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong.

Kemalangan tersebut menyebabkan kesesakan lalu lintas di PIE, yang berlarutan hingga ke Ekspreswe Bukit Timah. Makluman Twitter di LTA Traffic News menasihatkan pemandu kenderaan untuk mengelakkan lorong 3 dan 4.

Polis menyatakan siasatan sedang dijalankan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan