Pemandu disyaki mabuk ditahan selepas rempuh pembahagi jalan, guna bahasa kesat, serang polis
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Apabila pegawai polis tiba di tapak kemalangan di Middle Road pada awal pagi Isnin (31 Okt), mereka berdepan dengan pemandu yang enggan bekerjasama.
Bahkan, lelaki berusia 35 tahun itu didakwa menggunakan kata-kata kesat dan memukul seorang pegawai di kepalanya.
Lelaki diberkas atas dakwaan melakukan kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan untuk menghalang pengawai awam daripada menjalankan tugasnya, menggunakan kata-kata kesat terhadap kakitangan awam serta disyaki memandu dalam keadaan mabuk.
Dalam satu kenyataan media pada Selasa (1 Nov), polis menyatakan mereka dimaklumkan mengenai kemalangan trafik melibatkan sebuah kereta yang melanggar pembahagi jalan di Middle Road pada kira-kira 2.35 pagi pada Isnin.
Apabila para pegawai tiba di tempat kejadian, pemandu itu mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pegawai berkenaan dan memukul seorang pegawai di kepalanya.
Pegawai polis berusia 31 tahun itu dibawa ke hospital dalam keadaan sedarkan diri dan menerima rawatan pesakit luar, kata polis.
Jika didapati bersalah sengaja menyebabkan kecederaan untuk menghalang seorang pengawai awam daripada menjalankan tugasnya, lelaki itu boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, didenda atau dirotan.
Kesalahan menggunakan bahasa kesat terhadap kakitangan awam di bawah Seksyen 6(3) Akta Perlindungan Daripada Gangguan 2014 membawa hukuman penjara sehingga 12 bulan, denda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali.
Kesalahan memandu dalam keadaan mabuk membawa hukuman denda tidak kurang daripada S$2,000 dan tidak lebih daripada S$10,000, atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya.
SPF memberi amaran bahawa pesalah berulang, boleh berdepan hukuman yang lebih keras.
Polis menambah bahawa memandu dalam keadaan mabuk sangat berbahaya dan tidak bertanggungjawab. Ia boleh menyebabkan kemalangan jalan raya yang serius atau membawa maut.

Sumber : Today/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.