Pemandu dipenjara; rempuh pokok hingga kereta terbelah dua, penumpang maut
Seorang lelaki gagal mengawal keretanya ketika memandu dengan laju sebelum merempuh sebatang pokok, menyebabkan kenderaan itu terbelah dua dan mengorbankan dua penumpangnya.
Petikan layar melibatkan nahas di sepanjang jalan susur Ekspreswe Central (CTE) pada 11 Ogos 2023. (Gambar: YouTube/News Videos)
Ong Wei Long, seorang warga Singapura berusia 28 tahun, dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan lesen memandunya digantung selama 10 tahun pada Khamis (4 Sep).
Dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian rakannya, Encik Tan Bing Quan, dan Cik Lim Xin Rong Shannon, kedua-duanya berusia 26 tahun, dengan memandu pada kelajuan antara 116km/j hingga 140km/j di sepanjang jalan susur dari Ekspreswe Central (CTE) pada 11 Ogos 2023.
Mahkamah diberitahu bahawa Ong memandu keretanya untuk menjemput rakannya, Encik Tan, dari rumahnya di Kovan.
Mereka berdua ke gimnasium bersama-sama, sebelum menjemput teman wanita Encik Tan, Cik Lim. Cik Lim duduk di kerusi penumpang hadapan manakala Encik Tan duduk di belakang, dengan Ong memandu kereta berkenaan.
Selepas tengah malam pada 11 Ogos 2023, Ong memandu di sepanjang CTE menuju ke Ekspreswe Seletar dan memasuki jalan susur ke arah Seletar West Link.
Dia gagal mengawal kereta berkenaan ketika melalui sebuah selekoh lalu melanggar sebatang pokok di bahagian kanan jalan tersebut.
Kesan pelanggaran itu menyebabkan casis keretanya terbelah dua, dengan sebahagian kenderaan tercampak ke lorong pertama di jalan dua lorong tersebut manakala sebahagian lagi tercampak ke jalan susur dari Espreswe Tampines.
Seorang orang awam yang melalui kawasan itu menghubungi polis dan sebuah ambulans dihantar ke tempat kejadian.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.