Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu didenda S$3,500; tampar lelaki warga emas yang tanya sebab pandu 'laju sangat'

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki dikenakan denda berjumlah S$3,500 oleh mahkamah daerah pada Isnin (20 Feb) kerana menampar seorang pejalan kaki warga emas yang mengherdiknya dan bertanya mengapa dia memandu dengan sangat laju.

Adrian Low Kim Chye, 37 tahun, mengaku bersalah atas satu tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan.

Tuduhan kedua berhubung tingkah laku mengancam dengan memegang lampu suluh semasa pertengkaran, turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Mahkamah diberitahu bahawa Low sedang memandu sebuah kereta di tempat letak kereta di luar Blok 206 Hougang Street 21, berdekatan dengan pusat beli-belah Heartland Mall sekitar pukul 7.35 pagi pada 17 Mei tahun lalu.

Low, yang sedang bersama rakannya, mahu makan di pusat makanan berdekatan.

Mangsa, seorang lelaki berusia 73 tahun, sedang berdiri di jalan raya bersebelahan bebendul jalan di tempat letak kereta tersebut, di selekoh jalan.

Low memandu di selekoh jalan itu dan membunyikan honnya sekali sedang dia melalui jalan tersebut.

Mangsa, yang berdiri di jalan itu, mengangkat tangan kanannya lalu berteriak ke arah kereta Low: "Kenapa pandu laju sangat?"

Low kemudian terdengar bunyi "bang" daripada dalam keretannya dan menganggap bahawa mangsa mungkin menghentak keretanya itu.

Low menghentikan kenderaannya lalu turun dengan sebuah lampu suluh untuk bersemuka dengan mangsa.

Kedua-dua lelaki itu kemudian memarahi dan memekik antara satu sama lain.

Low kemudian menampar pipi kiri mangsa sebelum meninggalkan tempat itu. Mangsa mengalami kesakitan, kemerahan pada pipi kiri dan berasa pening tetapi tidak mendapatkan sebarang rawatan perubatan.

Sementara itu, seorang pejalan kaki menghubungi polis untuk melaporkan kes berkenaan.

Hukuman bagi kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan adalah penjara sehingga tiga tahun, denda sehingga S$5,000, atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan