Skip to main content

Singapura

Pemandu didakwa selepas 600 pod vape etomidate ditemui dalam kereta di Pusat Pemeriksaan Woodlands

Seorang lelaki berusia 33 tahun didakwa selepas 600 pod vape etomidate dipercayai ditemui disembunyikan di dalam keretanya di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu didakwa selepas 600 pod vape etomidate ditemui dalam kereta di Pusat Pemeriksaan Woodlands

Pod vape etomidate yang dirampas daripada Muhammad Adel Dilly Del Mohamed Hanif (kiri), dan Corey Ng Teng Yi (kanan). (Gambar: Penguasa Sains Kesihatan Singapura)

Diterbitkan : 30 Sep 2026 01:55PM
Driver charged after 600 etomidate-laced vape pods found in car at Woodlands Checkpoint
  • Muhammad Adel Dilly Del Mohamed Hanif, 33, was charged after ICA found 600 etomidate-laced vape pods hidden in the centre console of his car at Woodlands Checkpoint on Sep 20.
  • HSA seized the pods wrapped in black plastic, and laboratory tests confirmed they contained etomidate before Hanif was charged on Sep 22 with importing the substance.
  • In a separate case, Corey Ng Teng Yi, 18, was charged after 12 etomidate-laced vape pods were found in a deregistered car at Punggol Field.
  • The pods in Ng's case were believed to be for supply, while the SPF is also investigating him on suspicion of driving without a licence; etomidate-related offences can carry jail and caning.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 33 tahun didakwa selepas 600 pod vape etomidate dipercayai ditemui disembunyikan di dalam keretanya di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Muhammad Adel Dilly Del Mohamed Hanif sedang memandu memasuki Singapura pada 20 September apabila dia diarahkan menjalani pemeriksaan lebih ketat oleh pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).

Pod-pod vape tersebut ditemui dibalut dengan bungkusan plastik hitam dan disembunyikan dalam rangka konsol tengah keretanya, menurut Penguasa Sains Kesihatan (HSA) pada Rabu (30 Sep).

Para pegawai HSA dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan merampas 600 pod vape berkenaan. Ujian makmal kemudian mengesahkan bahawa ia mengandungi etomidate.

Hanif didakwa pada 22 September atas tuduhan mengimport pod vape yang dibubuh etomidate.

REMAJA 18 TAHUN DIDAKWA

Dalam kes berasingan, seorang remaja berusia 18 tahun didakwa selepas 12 pod vape etomidate ditemui di dalam sebuah kereta yang sudah dibatalkan pendaftarannya di Punggol Field.

Para pegawai HSA dimaklumkan oleh polis trafik pada 22 September. Pemandunya, Corey Ng Teng Yi, ditahan di tempat kejadian.

Ujian makmal mengesahkan pod-pod tersebut mengandungi etomidate, menurut HSA. Pod itu dipercayai bertujuan untuk dibekalkan.

Ng didakwa pada 24 September. Pasukan Polis Singapura (SPF) turut menjalankan siasatan terhadapnya kerana disyaki memandu kereta yang sudah dibatalkan pendaftarannya tanpa lesen.

Etomidate dan bahan analognya disenaraikan sebagai Bahan Psikoaktif Tertentu di bawah Akta Kawalan Tembakau dan Vape.

Mereka yang didapati bersalah mengimport etomidate boleh dihukum penjara antara tiga dengan 20 tahun dan dikenakan lima hingga 15 sebatan rotan.

Mereka yang didapati bersalah membekalkan etomidate pula boleh dihukum penjara antara dua dengan 10 tahun dan dikenakan dua hingga lima sebatan rotan.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita