Pemandu didakwa petik gambar, rakam video lorong pelepasan Pusat Pemeriksaan Woodlands
Anggaran Waktu Membaca:

Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 29 Sep 2023. (Gambar: CNA/Gaya Chandramohan)
SINGAPURA: Seorang pemandu yang dipercayai memuat naik gambar dan video seorang pegawai imigresen yang dia tidak berpuas hati dengannya di Pusat Pemeriksaan Woodlands telah didakwa pada Sabtu (17 Ogos).
Wong Jeo Wah, warga Singapura berusia 37 tahun, dikenakan satu tuduhan di bawah Akta Perlindungan Prasarana kerana mengambil gambar dan video tanpa kebenaran di kaunter pelepasan Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 12 Ogos.
Adalah menjadi satu kesalahan untuk berbuat demikian di dalam premis pusat pemeriksaan - iaitu kawasan larangan - tanpa kebenaran pihak berkuasa.
Gambar dan video pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), bersama namanya, dimuat naik ke laman
kumpulan Facebook Complaint Singapore sehari selepas kejadian itu.
Dalam catatan itu, yang tidak lagi boleh diakses, pemandu yang dikatakan membuat komen negatif mengenai insiden tersebut, mendakwa pegawai itu berkelakuan biadab.
ICA dalam catatan Facebooknya pada 15 Ogos menyatakan bahawa siasatan menunjukkan pemandu berkenaan telah menghamburkan "kata-kata yang tidak wajar" apabila pegawai tersebut mengarahkannya untuk menanggalkan penahan cahaya matahari dari tingkap penumpang sebelah kanan semasa pelepasan imigresen.
Pemandu itu dirujuk ke pejabat petugas dan diberi amaran keras selepas mengaku mengambil gambar dan video di premis pusat pemeriksaan, menurut ICA. Dia juga bersetuju untuk memadamkannya.
Bagaimanapun, gambar dan video dimuat naik online dan ICA telah merujuk kes itu kepada polis.
Pada Sabtu, pihak pendakwa berkata Wong mungkin menghadapi tuduhan tambahan di bawah Akta Perlindungan Daripada Gangguan, sambil menambah bahawa isterinya tidak boleh menjadi penjaminnya kerana dia adalah saksi pihak pendakwa.
Wong, yang ditawarkan ikat jamin S$10,000, berkata dia akan meminta isterinya mencari penjamin lain. Dia akan dihadapkan semula ke mahkamah minggu depan.
Jika sabit kesalahan, Wong boleh dihukum penjara sehingga dua tahun, didenda sehingga S$20,000, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.