Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu dibawa ke hospital selepas teksi terbabas luar Pasar dan Pusat Penjaja North Bridge Road

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu dibawa ke hospital selepas teksi terbabas luar Pasar dan Pusat Penjaja North Bridge Road

(Gambar: Facebook/ Singaporeroadsaccident)

SINGAPURA: Seorang pemandu teksi 62 tahun dikejarkan ke hospital dalam keadaan sedar selepas kenderaannya merempuh pagar dan terbabas sehingga bahagian depan Pasar dan Pusat Makanan North Bridge Road.

Dalam respons kepada soalan Mediacorp, polis menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan pada pukul 11.42 pagi pada Jumaat (4 Ogos) tentang kemalangan melibatkan sebuah teksi dan kereta di North Bridge Road menghala ke South Bridge Road.

Kemalangan itu berlaku di Blok 861, North Bridge Road, menurut
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF). Ia adalah alamat pusat penjaja tersebut.

SCDF menyatakan pemandu itu dihantar ke Hospital Raffles, manakala seorang lagi individu, yang mengalami kecederaan ringan, menolak untuk dihantar ke hospital.

Ia tidak jelas bagaimana kemalangan itu berlaku.

Dalam satu rakaman video dimuat naik oleh pengguna TikTok "Soonho1968", sebuah teksi kuning yang tidak bergerak tersepit di antara pagar di atas bahagian rumput bersebelahan pusat penjaja itu. Sebahagian pagar itu musnah dan dikepung.

Seorang pegawai polis trafik dilihat berada di tempat kejadian.
Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan