Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu dibawa ke Hospital Raffles susuli nahas ECP

Seorang lelaki berusia 42 tahun dikejarkan ke Hospital Raffles pada pagi Rabu (7 Jul) menyusuli nahas di East Coast Parkway (ECP). Kereta lelaki itu remuk dan terperosok ke dalam tanam-tanaman.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu dibawa ke Hospital Raffles susuli nahas ECP

Kemalangan berlaku pada 7.09 pagi 7 Julai 2021 di ECP menghala ke Changi. (Gambar: Roads.sg/Facebook)

Diterbitkan : 08 Jul 2021 07:53AM Dikemas Kini : 08 Jul 2021 07:54AM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 42 tahun dikejarkan ke Hospital Raffles pada pagi Rabu (7 Jul) menyusuli nahas di East Coast Parkway (ECP). Kereta lelaki itu remuk dan terperosok ke dalam tanam-tanaman.

Dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp, polis menyatakan ia dimaklumkan tentang kemalangan itu pada 7.09 pagi, yang berlaku di ECP menghala ke Changi.

Menurut polis, pemandu lelaki itu berada dalam keadaan sedar semasa dalam perjalanan ke hospital. Siasatan sedang dijalankan.

Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), ia membawa lelaki itu ke Hospital Raffles.

Dalam gambar-gambar yang dimuat naik ke media sosial, kereta itu jelas kelihatan remuk setelah merempuh pasu-pasu tanaman yang berderetan di sepanjang pembahagi ekspreswe.

Para peminat kereta di laman Facebook Roads.sg mengenal pasti kereta itu sebagai sebuah McLaren model 720S. Laman McLaren Singapore menyifatkan model itu sebagai "supercar" dengan enjin 4 liter dan berupaya memecut dari sifar hingga 100 kilometer sejam dalam masa 2.9 saat.

Sebuah model baru menelan belanja sekurang-kurangnya S$1 juta, menurut laman SgCarMart.com. 

Sumber : Today/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan