Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu dan penghantar makanan Grab akan terima amaran banjir daripada PUB tahun depan

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu dan penghantar makanan Grab akan terima amaran banjir daripada PUB tahun depan

Gambar: TODAY

Diterbitkan : 20 Nov 2024 10:04AM Dikemas Kini : 20 Nov 2024 10:06AM
SINGAPURA: Menjelang tahun depan, pemandu dan penghantar barangan syarikat Grab akan mendapat maklumat amaran banjir secara langsung dari Agensi Air Negara, PUB.

Ia merupakan sebahagian daripada kempen ketahanan banjir yang julung-julung kali diadakan oleh agensi itu bagi mendidik orang ramai mengenai banjir.

Bagi kempen tersebut, PUB bekerjasama dengan syarikat pengangkutan ComfortDelgro dan platform pengurusan kenderaan, Motorist.

Ia akan berkongsi panduan keselamatan banjir dengan pemandu dan pengguna mereka.

Mulai 2 Disember, pemandu kereta boleh juga mengambil pelekat kereta yang mengandungi panduan berguna mengenai banjir, di stesen-stesen minyak Esso di merata negara.

Para pemandu yang memasang pelekat itu pula berpeluang memenangi baucar barangan dapur.
Sumber : CNA/MU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan