Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu dalam kemalangan Pusat Pertukaran Bas Bukit Batok didakwa; cederakan 14 orang

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu dalam kemalangan Pusat Pertukaran Bas Bukit Batok didakwa; cederakan 14 orang

17 orang cedera dalam nahas pertembungan bas di pusat pertukaran bas Bukit Batok pada 11 Jul 2021. (Gambar: SCDF/Facebook)

SINGAPURA: Seorang pemandu bas yang terlibat dalam pertembungan dua bas di Pusat Pertukaran Bas Bukit Batok didakwa di mahkamah hari ini (9 Feb) atas kesalahan mencederakan 14 orang. 

Loo Eng Chai yang berusia 66 tahun sedang memandu bas Tower Transit yang kosong di pusat pertukaran tersebut pada lewat 11 Julai 2021 apabila dipercayai gagal untuk memberi laluan dan bertembung dengan satu lagi bas Tower Transit. 

Loo sedang membelok kanan di pusat pertukaran itu, manakala sebuah lagi bas sedang menukar arah tujuan daripada bahagian kiri ke kanan apabila pertembungan itu berlaku, menurut kertas pertuduhan. 

Loo dikenakan satu tuduhan menyebabkan enam orang cedera parah akibat perbuatan cuai dan satu lagi tuduhan menyebabkan lapan lagi orang cedera akibat cuai. 

Mangsa terdiri daripada para penumpang bas yang satu lagi, pemandu basnya yang berusia 65 tahun dan seorang pejalan kaki yang berusia 57 tahun. 

Menurut kenyataan syarikat SBS Transit dan Kesatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan sebelum ini, pejalan kaki itu merupakan seorang pemandu bas SBS Transit yang sedang berehat sambil berdiri di laluan pejalan kaki apabila kemalangan itu berlaku. 

Mangsa-mangsa yang cedera akibat kegagalan Loo memberi jalan semasa membelok ke kanan di pusat pertukaran itu termasuk seorang perempuan berusia 10 tahun, seorang wanita berusia 70 tahun dan seorang lelaki berusia 60 tahun. 

Menurut laporan sebelum ini, kedua-dua bas itu merupakan khidmat bas nombor 945. Bas yang membawa penumpang itu menaiki bendul jalan, merempuh penghadang dan terjatuh ke sisinya. 

Di mahkamah hari ini (9 Feb), Loo mengatakan bahawa dia ingin mengaku bersalah, namun, tidak mahu dihantar ke penjara. Dia berkata keluarganya akan mengalami "kesulitan" tanpa gajinya dan menambah bahawa dia akan cuba mendapatkan khidmat peguam di bawah Skim Bantuan Guaman Jenayah. 

Loo ditawarkan ikat jamin S$10,000 dan akan kembali dihadapakan ke mahkamah bulan depan. 

Jika sabit kesalahan menyebabkan kecederaan parah akibat kelakuan yang cuai, Loo boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali. 

Hukuman bagi menyebabkan kecederaan akibat kelakuan yang cuai adalah tempoh penjara sehingga dua tahun, denda sehingga S$2,500, atau kedua-duanya sekali. Loo juga boleh dilarang memandu. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan