Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu cuba langgar pengawal keselamatan Sekolah Red Swastika diberkas

Seorang lelaki berusia 61 tahun diberkas selepas satu kejadian di luar Sekolah Red Swastika di mana seorang pemandu kereta kelihatan menolak seorang pengawal keselamatan menggunakan keretanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu cuba langgar pengawal keselamatan Sekolah Red Swastika diberkas

Petikan dari video kejadian.

Diterbitkan : 11 Jan 2022 06:30PM Dikemas Kini : 11 Jan 2022 10:41PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 61 tahun diberkas selepas satu kejadian di luar Sekolah Red Swastika di mana seorang pemandu kereta kelihatan menolak seorang pengawal keselamatan menggunakan keretanya.

Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang kejadian di Bedok North Avenue 3 sekitar pukul 11.40 pagi tadi (11 Jan).

"Pemandu lelaki berusia 61 tahun itu diberkas atas tindakan terburu-buru hingga menyebabkan kecederaan," menurut polis kepada Mediacorp.

"Pengawal keselamatan berusia 62 tahun itu mengalami cedera ringan. Siasatan polis masih dijalankan."

Satu rakaman video yang tular menerusi online menunjukkan sebuah kereta Bentley berwarna putih dihalang daripada memasuki pekarangan Sekolah Red Swastika. Pemandu itu beberapa kali memandu ke hadapan, sehingga menolak seorang lelaki yang berdiri di hadapannya.

Pengawal keselamatan itu dikenal pasti oleh Kesatuan Pekerja Keselamatan (USE) sebagai Encik Neo Ah Whatt. Kesatuan itu menyatakan bahawa beliau sedang berehat di rumah.

"Pihak kesatuan sangat terjejas oleh kes serangan fizikal ini. Ia sangat mengejutkan lebih-lebih lagi kerana ia melibatkan sebuah kereta," menurut USE dalam satu catatan Facebook.

Menteri Pendidikan Chan Chun Sing sebelum ini berkata pada Selasa bahawa pihak berkuasa sedang menyiasat kes dan "tidak teragak-agak untuk membuat aduan polis jika perlu".

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan