Skip to main content

Singapura

Pemandu bergegas peroleh VEP sebelum penguatkuasaan penuh pada 1 Julai

Para pemandu bergegas untuk memperolehi Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) sebelum penguatkuasaan sepenuhnya pada Selasa (1 Julai).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 30 Jun 2025 09:20PM Dikemas Kini : 30 Jun 2025 11:46PM
SINGAPURA: Para pemandu bergegas untuk memperolehi Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) sebelum penguatkuasaan sepenuhnya pada Selasa (1 Julai).

Satu-satunya pejabat VEP di Singapura menyaksikan permintaan permohonan melonjak enam kali lebih tinggi sejak pengumuman mengenai penguatkuasaan penuh itu diumumkan Jun lalu.

Slot-slot janji temu juga sudah habis ditempah hingga akhir Julai.

Pejabat VEP tersebut juga menyaksikan sekitar 50 pelanggan yang muncul tanpa janji temu setiap hari, untuk cuba mendapatkan permit tersebut.

Mulai 1 Julai, kereta peribadi berdaftar Singapura yang ingin memasuki Malaysia perlu mempunyai VEP dan tag RFID atau mereka berisiko didenda sebanyak RM300 (S$90.66).

Bagaimanapun, proses untuk mendapatkan VEP dibelenggu pelbagai cabaran bagi sesetengah pemandu.

Antara cabaran yang dihadapi termasuk permintaan yang ditolak, proses yang kurang jelas dan tempoh masa yang agak lama sebelum sesebuah kenderaan disahkan bagi VEP.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita