Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu Bentley dijel 8 minggu & didenda S$600; cederakan pengawal keselamatan Sekolah Red Swastika

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu Bentley dijel 8 minggu & didenda S$600; cederakan pengawal keselamatan Sekolah Red Swastika

(Gambar: Gaya Chandramohan/CNA)

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 61 tahun dihukum penjara selama lapan minggu dan didenda S$600 pada Rabu (19 Okt) atas tindakan melulu yang mencederakan seorang pengawal keselamatan di Sekolah Red Swastika di Bedok pada Januari lalu.

Neo Hong Chye, seorang warga Singapura, juga dilarang memandu selama 12 bulan.

Dia mengaku bersalah melakukan tindakan melulu sehingga menyebabkan kecederaan. Dia juga didapati memandu tanpa perlindungan insurans. Kereta itu milik perniagaan perdagangan kenderaan anaknya.
Anak lelaki Neo, Glynn Neo Jia, 28 tahun, turut didakwa dengan dua tuduhan menukar nombor plat kereta pada 11 Januari dan membenarkan bapanya menggunakan kenderaan tersebut tanpa perlindungan insurans pada hari kesalahan itu dilakukan.

Menurut pihak pendakwa, plat kereta itu ditukar "atas tujuan penggambaran" bagi perniagaan kereta, menurut hasil siasatan yang dijalankan.

Kes Glynn Neo belum lagi dibicarakan.

Bagi kesalahan melakukan tindakan melulu sehingga menyebabkan kecederaan, Neo boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga setahun, didenda tidak melebihi S$5,000 atau kedua-duanya sekali.

Atas kesalahan menggunakan kenderaan tanpa perlindungan insurans, Neo boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan, didenda tidak melebihi S$1,000 atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan