Pemandu bas SMRT maut selepas rempuh pokok di Woodlands, tiada penumpang dalam bas
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar; Facebook/Singapore Road Accident)
SINGAPURA: Seorang pemandu bas 58 tahun maut selepas merempuh sebatang pokok di Woodlands pada Selasa (16 Apr) pagi.
Tiada penumpang berada di dalam bas ketika kejadian berlaku.
Khidmat bas 911 itu berada di Woodlands Avenue 2 menghala ke Hab Pengangkutan Bersepadu Woodlands ketika ia ternaik bendul jalan dan merempuh pokok, kata timbalan pengarah pengurusan bas SMRT Vincent Gay.
Encik Gay berkata pemandu tersebut merupakan satu-satunya individu di dalam bas berkenaan.
Polis menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang kemalangan itu pada Selasa, kira-kira pukul 9.25 pagi.
Pemandu bas lelaki itu dihantar ke hospital, namun meninggal dunia kemudian, tambah polis.
Dia dihantar ke Hospital Khoo Teck Puat, dedah Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Rakaman video dimuat naik ke akaun Instagram sgfollowsall menunjukkan sebuah bas yang tidak bergerak berdekatan sebatang pokok, di mana kaca cermin bahagian hadapannya berkecai akibat hentaman pelanggaran.
Beberapa pegawai SCDF berada di tempat kejadian, manakala seorang lelaki dilihat berada di dalam bas berdekatan dengan tempat duduk pemandu, sedang melakukan CPR.
"Kami berduka cita dengan kematian pemandu bas kami. Keutamaan kami adalah untuk memberi bantuan dan sokongan kepada waris pemandu bas pada masa-masa sukar ini," kata Encik Gay.
"Kami juga sedang membantu pihak berkuasa dalam siasatan kemalangan ini," tambahnya.
Siasatan polis sedang dijalankan.

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.