Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu bas mini diberkas setelah penunggang motosikal maut dalam nahas di Clementi

 Seorang pemandu bas mini diberkas setelah seorang penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan pada awal pagi Selasa (3 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu bas mini diberkas setelah penunggang motosikal maut dalam nahas di Clementi

(Gambar: Watson Wong)

Diterbitkan : 03 Mar 2020 11:39AM Dikemas Kini : 03 Mar 2020 11:54AM

SINGAPURA: Seorang pemandu bas mini diberkas setelah seorang penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan pada awal pagi Selasa (3 Mac).

Pihak polis dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada sekitar pukul 5.30 pagi, yang berlaku di persimpangan antara West Coast Road dengan Clementi Avenue 2.

Penunggang motosikal berusia 24 tahun itu dijumpai dalam keadaan tidak sedar di tempat kejadian. Beliau disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik.

Pemandu bas mini, seorang lelaki berusia 62 tahun, diberkas kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian.

Gambar-gambar insiden itu menunjukkan motosikal itu mengalami kerosakan yang teruk di tengah-tengah persimpangan tersebut.

Sekurang-kurangnya sebuah kenderaan kecemasan berada di tempat kejadian.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) memberi amaran kepada para pemandu mengenai nahas tersebut dalam satu kiriman tweet pada pukul 7.10 pagi.

Siasatan polis masih lagi dijalankan.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan