Pemandu bas mini diberkas; cuai memandu sebabkan kematian pembonceng motosikal di TPE
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: SGRoad Blocks/Telegram)
SINGAPURA: Seorang pemandu bas mini diberkas akibat cuai semasa memandu sehingga menyebabkan kematian.
Ini selepas pemboceng motosikal tersebut terkorban menyusuli nahas di Ekspreswe Tampines (TPE) pada Isnin pagi (20 Feb).
Menjawab pertanyaan Mediacorp, polis menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan yang melibatkan dua motosikal dan sebuah bas mini di TPE menghala ke Ekpreswe Rentas Pulau (PIE) pada pukul 7.59 pagi.
Seorang penunggang motosikal berusia 29 tahun dikejarkan ke hospital dalam keadaan sedarkan diri.
Manakala, seorang wanita berusia 26 tahun, yang memboncengnya dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri. Dia kemudian disahkan meninggal dunia, menurut polis.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) memberitahu Mediacorp bahawa kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Besar Changi.
Menurut polis, penunggang motosikal berusia 31 tahun yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut, sedang membantu dalam siasatan.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.