Pemandu bas hampiri 2 perhentian dekat MRT Punggol diingat supaya perlahankan kenderaan
Anggaran Waktu Membaca:

Salah satu daripada dua perhentian bas berdekatan dengan stesen MRT Punggol. (Gambar: Google Maps)
SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) sudahpun bekerjasama dengan pengendali bas untuk mengingkatkan pemandu bas supaya memperlahankan kenderaan mereka sewaktu menghampiri dua perhentian bas berdekatan stesen MRT Punggol, menurut penguasa itu pada Isnin (19 Sep).
LTA memberitahu Mediacorp bahawa langkah "sementara" itu akan membolehkan penumpang, yang sedang menunggu di perhentian bas, mendapat pemandangan lebih jelas nombor perkhidmatan bas.
LTA memberikan respons itu ekoran aduan yang dibuat oleh seorang penumpang di media sosial. Beliau meluahkan kesukaran melihat nombor bas kerana ia dihadang tiang-tiang perhentian bas.
LTA menyatakan ia sedia maklum akan maklum balas yang diberikan mengenai dua perhentian bas tersebut. Ia menambah pihaknya akan meneroka cara-cara untuk menambah baik reka bentuk perhentian bas melalui semakan berkala ke atas prasarana pengangkutan awam.
"Penambahbaikan akan dibuat pada kedua-dua perhentian bas ini, di mana sesuai dan boleh dilaksanakan."
LTA juga menjelaskan bahawa kelebaran kedua-dua perhentian bas berdekatan stesen MRT Punggol "agak sempit" berbanding perhentian bas biasa kerana ia ditukarkan daripada tempat menjemput dan menurunkan penumpang.
"Tiang-tiang perhentian bas diletakkan di hadapan disebabkan saliran sedia ada yang mengalir di belakang perhentian bas itu," terang LTA.
"Memandangkan kekangan di tapak tersebut, memindahkan tiang-tiang ke bahagian belakang perhentian bas memerlukan seluruh struktur, termasuk sistem perparitan, untuk dibina semula."

Sumber : CNA/HY/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.