Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu bas Ekspres SG-Johor dipenjara sebab gilis kaki penumpang hingga terpaksa dipotong

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu bas Ekspres SG-Johor dipenjara sebab gilis kaki penumpang hingga terpaksa dipotong

(Gambar: CNA/Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 15 Mar 2024 05:33PM Dikemas Kini : 15 Mar 2024 11:54PM
SINGAPURA: Seorang pemandu bas dijatuhi hukuman penjara tiga minggu dan dilarang daripada memandu selama dua tahun kerana menggilis kaki penumpang wanita di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Tuminah Sapie, 74 tahun, terjatuh ketika pemandu bergerak tanpa menunggunya turun daripada bas, sehingga kakinya digilis tayar belakang bas. Kedua-dua kakinya kemudian dipotong.

Gunaselan R Subramaniam, seorang warga Malaysia 45 tahun, didakwa minggu lalu menyebabkan cedera parah dengan kelakuan cuai, selepas dia mempertahankan tuduhan tersebut ketika perbicaraan.

Ketika itu, Gunaselan bekerja untuk sebuah syarikat menawarkan pengangkutan antara Singapura dengan Malaysia, Singapore-Johor Express.
Gunaselan melawan tuduhan tersebut, dan berhujah bahawa dia tidak bertindak secara cuai dan tidak menimbulkan bahaya terhadap keselamatan Cik Tuminah.

Atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah dengan melakukan perbuatan dan membahayakan keselamatan diri orang lain, pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan