Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu bas dijel sebabkan kematian seorang penumpang dekat Pusat Pemeriksaan Tuas

Seorang pemandu bas yang melanggar besi penghadang jalan dekat Pusat Pemeriksaan Tuas dan menyebabkan kematian seorang penumpang, dihukum penjara 10 minggu pada Jumaat (8 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu bas dijel sebabkan kematian seorang penumpang dekat Pusat Pemeriksaan Tuas

(Gambar: Mohamad Fais/Facebook)

Diterbitkan : 08 Nov 2019 09:51PM Dikemas Kini : 08 Nov 2019 09:55PM

SINGAPURA: Seorang pemandu bas yang melanggar besi penghadang jalan dekat Pusat Pemeriksaan Tuas dan menyebabkan kematian seorang penumpang, dihukum penjara 10 minggu pada Jumaat (8 Nov).

Kalaimani Al Muniandy, 60 tahun, juga dilarang memandu selama lima tahun. Dia dikenakan hukuman tersebut kerana menyebabkan kematian seorang penumpang dengan melakukan satu perbuatan cuai yang tidak terjumlah kepada niat melakukan pembunuhan. Dua tuduhan lain diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.

Dokumen mahkamah menunjukkan pada sekitar pukul 2.00 pagi pada 26 Feb 2019, Kalaimani mula memandu bas dengan 16 penumpang, termasuk mendiang Cik Mok Fei Chan. Bas tersebut sedang dalam perjalanan ke Singapura dari Malaysia.

Dia memandu pada kelajuan 65 kilometer sejam di Koswe dan "terus memandu dengan laju semasa menghampiri bendul jalan di lorong kedatangan Pusat Pemeriksaan Tuas.

Basnya hilang kawalan, tergelincir lalu merempuh penghadang besi di sebelah kanan.

Kemalangan itu menyebabkan Mok Fei Chen, 35 tahun dan seorang lagi penumpang Ernie Shelvic Anak Sheldon tercampak keluar dari bas. 

Cik Mok, yang ditemani suaminya, cedera di bahagian kepala, tulang rusuk, tulang belakang, dan disahkan meninggal dunia pada pukul 4.58 pagi.

Cik Ernie Shelvic, 21 tahun, mengalami kecederan termasuk keretakan di bahagian tulang rahang dan pinggul, lalu perlu menjalani beberapa pembedahan. Beliau antara lima mangsa yang dibawa ke Hospital Universiti Nasional. 

Enam mangsa lain dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong.    

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan