Skip to main content

Singapura

Pemandu ambulans maut dalam nahas di Sengkang East Road

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu ambulans maut dalam nahas di Sengkang East Road

Tangkapan skrin video yang dimuat naik di Facebook menunjukkan ambulans swasta itu yang remuk di tempat kemalangan. (Gambar: Singapore roads accidents/Facebook)

SINGAPURA: Seorang pemandu, yang berusia 60 tahun, maut setelah ambulans yang dipandunya merempuhi sebatang pokok di Sengkang East Road pada pagi Khamis (20 Okt).

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan dalam satu kenyataan pada Jumaat (21 Okt), bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan jalan raya di persimpangan antara Sengkang East Road dengan Sengkang East Avenue sekitar pukul 8.20 pagi pada Khamis.

Nahas tersebut melibatkan sebuah ambulans swasta, yang dipercayai tergelincir sepanjang Sengkang East Road menghala ke Buangkok Green, menurut polis dalam kenyataan yang berasingan pada Jumaat.

SCDF turut menyatakan bahawa pihaknya menjumpai pemandu ambulans itu terhimpit di tempat duduk pemandu dan menyelamatkannya menggunakan peralatan menyelamat hidraulik.

Pemandu tersebut dikejarkan ke Hospital Besar Sengkang (SKH) dalam keadaan tidak sedarkan diri dan kemudian disahkan meninggal dunia, menurut pihak berkuasa.

Sementara itu, satu rakaman video yang dimuat naik online pada Khamis menunjukkan tapak kemalangan, yang mana ambulans Comfort berwarna biru dan putih itu dilihat berada di tepi sebatang pokok dan menghadap trafik dari arah bertentangan.

Bahagian depan ambulans itu kelihatan remuk dengan pintu depannya tergantung.
 
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita