Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu 62 tahun cedera ringan susuli kemalangan di Kampus Mediacorp

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Jan 2022 01:27PM Dikemas Kini : 13 Jan 2022 10:46PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 62 tahun mengalami cedera ringan selepas keretanya merempuh bangunan Kampus Mediacorp pada pagi Khamis (13 Jan).

Menurut polis, pihaknya dimaklumkan tentang kemalangan melibatkan sebuah kereta di Stars Avenue sekitar 1.10 pagi Khamis (13 Jan).

Lelaki tersebut adalah pemandu kereta berkenaan.

Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), keadaan lelaki itu diperiksa oleh pasukan paramedik dan dia tidak mahu dibawa ke hospital.

Siasatan polis sedang dijalankan.

Gambar kemalangan itu menunjukkan kereta berkenaan merempuh dinding kaca bangunan tersebut.

Menurut Mediacorp, ia sedia maklum tentang kemalangan yang berlaku di luar bangunan The Theatre di kampusnya.

"Kami difahamkan bahawa pemandu tersebut mengalami cedera ringan dan kami berharap tiada orang lain yang cedera. Kami juga berharap agar pemandu tersebut cepat sembuh," menurut Mediacorp.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan