Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemain e-sukan di SG bergelut cabaran kos, pertandingan secara bertanggungjawab

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sedang Singapura berusaha mencapai sasarannya untuk menjadi hab e-sukan, agensi di Singapura memberi amaran kepada pemain industri agar tidak terbawa-bawa.

Sport Singapore (SportSG) mahu firma e-sukan untuk mempertimbangkan sama ada negara ini sesuai untuk menempatkan beberapa firma berkaitan di sini.

Kegiatan e-sukan juga harus dijalankan secara bertanggungjawab dan mengambil kira kesan buruk bermain 'game' secara berlebihan, tambahnya .

Singapura kini semakin bertapak dalam bidang e-sukan yang sedang berkembang pesat.

Negara ini juga berusaha untuk menganjurkan lebih banyak acara e-sukan dengan harapan menjadi hab e-sukan yang terkemuka.

Namun cabaran kekal wujud sedang pasukan e-sukan luar negara yang boleh mengongsikan kemahiran dan melatih pemain generasi seterusnya di sini masih sukar untuk menembusi bidang e-sukan tempatan, disebabkan cabaran kewangan yang tinggi.

CABARAN KEKAL WUJUD

Meskipun Singapura berusaha untuk meletakkan firma e-sukan di sini sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai untuk badan global yang berminat untuk menganjurkan acara e-sukan di Asia, beberapa pemain industri menyebut kos tinggi untuk menjalankan perniagaan di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif OG Esports yang berpangkalan di Eropah, JMR Luna berkata, Singapura mempunyai sumber dan keupayaan untuk mengembangkan bidang e-sukannya.

Ini termasuk penduduknya yang berpendapatan lebih tinggi, prasarana lebih baik dan Pemerintah yang stabil berbanding negara-negara lain di rantau ini.

Namun Encik Luna menarik perhatian bahawa Singapura kurang mesra kepada syarikat e-sukan sekali gus menyebabkan tidak banyak firma e-sukan Eropah yang memilih untuk ke Singapura.

Encik Dean Tan, ketua bagi bahagian pembangunan ekosistem dan pembangunan industri dalam Kumpulan Teknologi dan Inovasi SportSG, menggesa firma e-sukan untuk mempertimbangkan tempat terbaik untuk menempatkan perniagaan mereka.

Walaupun e-sukan boleh menarik lebih ramai pelawat dari luar negara, Encik Tan berkata acara dan kegiatan sedemikian harus diadakan dengan cara yang bertanggungjawab, termasuk mengambil kira kesan buruk permainan video dan latihan yang berlebihan.

PELUANG MERAIH PASARAN

Singapura amat berminat untuk mendapatkan sebahagian pasaran e-sukan yang semakin berkembang dalam usahanya untuk mengukuhkan status negara sebagai tempat sukan global yang terkemuka.

Pendapatan industri e-sukan meningkat daripada AS$996 juta (S$1.4 bilion) di seluruh dunia pada 2020 kepada AS$1.14 bilion (S$1.6 bilion) tahun lepas, menurut firma penyelidikan pasaran Newzoo.

Jumlahnya diunjurkan mencecah AS$1.38 bilion (S$1.94 bilion) tahun ini.

Singapura membentangkan rancangannya pada Ogos 2020 bagi penubuhan Persatuan Sukan Singapura.

Tujuannya untuk membangunkan ekosistem permainan dan e-sukan tempatan dengan membina teras Singapura yang kuat serta berfungsi sebagai wadah untuk masyarakat e-sukan tempatan.

TARIK PEMINAT GLOBAL

Meskipun SportSG merancang untuk menganjurkan lebih banyak acara e-sukan di negara ini seperti tinju maya dan permainan video yang lain, pihak-pihak berkepentingan utama di dalam sektor itu juga menyatakan ada manfaat yang lain.

Singapura sedang menganjurkan salah satu kejohanan permainan video terbesar di dunia, The International, kejohanan tahunan dunia Dota 2 bernilai jutaan dolar.

Edisi tahun lalu menyaksikan pemain bersaing untuk mendapatkan hadiah bernilai lebih AS$40 juta (S$56 juta).

Pertanding tahun ini pertama kali diadakan di Singapura dengan permainan bermula pada awal Oktober.

Stadium Tertutup Singapura akan menjadi tuan rumah pusingan akhir kejohanan itu hujung minggu ini.

Menurut Encik Roy Kek, ketua pegawai eksekutif dan pengasas bersama EMERGE Esports, sebuah firma pengurusan bakat permainan dan e-sukan profesional yang berpangkalan di Singapura berkata penonton datang dari seluruh dunia, sekali gus merangsang industri pelancongan dan perniagaan tempatan.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan