Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemain bola tampar termuda negara, Aniq Aiman teruja buat kemunculan sulung di Sukan SEA

Sejak berusia 8 tahun lagi, Muhammad Aniq Aiman Shaugi sudah beraksi dalam gelanggang dalam sukan bola tampar.

Anggaran Waktu Membaca:
02:32 Min
Pemain bola tampar termuda negara, Aniq Aiman teruja buat kemunculan sulung di Sukan SEA

BERITAmediacorp: Sejak berusia 8 tahun lagi, Muhammad Aniq Aiman Shaugi sudah beraksi dalam gelanggang dalam sukan bola tampar.

Dalam tempoh 10 tahun itu, pelbagai jenis pertandingan sudah disertainya.

Namun, Sukan SEA ke-32 di Kemboja pada bulan depan bakal menjadi temasya sukan terbesar yang pernah disertainya setakat ini.

Aniq yang berusia 18 tahun kini akan membuat kemunculan pertamanya dan ingin memberikan yang terbaik buat negara.

'

"Saya ada rasa sedikit gementar tetapi gembira juga dapat mewakili Singapura dalam pasukan Sukan SEA akan datang ini. Walaupun saya muda, saya juga boleh melakukan apa saya pemain lebih tua lakukan, "ujar Aniq.

Beliau juga merupakan pemain paling muda dalam pasukannya.

Pasukan bola tampar lelaki negara yang akan bertanding di Sukan SEA ke-32 di Kemboja pada bulan depan boleh dianggap sebagai pasukan muda dengan julat umur pemain antara 18 hingga 25 tahun.

Menurut Aniq, sebagai pasukan yang muda, ia boleh jadi kedua-dua kelebihan mahupun kekurangan kumpulannya.

"Sebabkan kami masih pasukan yang muda, kami tangkas untuk menyesuaikan diri kepada permainan pasukan-pasukan lain tetapi kelemahan pula kerana kita muda, kita tidak kurang dalam aspek teknikal," ujar Aniq.

Namun, Aniq tidak terlalu risau akan kelemahan tersebut kerana percaya bahawa latihan selama berbulan-bulan yang dilalui pasukan negara dapat mengasah kemahiran mereka.

'

Sejak Oktober lalu, pasukan bola tampar negara telah menyertai beberapa perlawanan persahabatan di sekurang-kurangnya tiga negara termasuk di Kemboja, Malaysia dan Maldives.

Bukan sekadar dijadikan wadah menimba pengalaman, pasukan itu juga berjaya membawa pulang pingat perak dalam pertandingan di Maldives, selepas dikalahkan pasukan Malaysia di peringkat akhir.

'

Pemain dengan ketinggian 1.94 meter itu berpendapat, "Saya rasa pasukan kita, kita boleh menjadi lebih tenang apabila bermain dan juga bertukar taktik sewaktu bermain untuk dapatkan yang terbaik untuk diri kita."

BUKAN MUDAH IMBANGI PELAJARAN DENGAN LATIHAN SUKAN

Sebagai seorang pelajar tahun pertama di Hwa Chong Institution, Aniq perlu bijak mengimbangi antara pelajarannya dengan latihan bagi Sukan SEA.

Semenjak bulan Mac, Aniq perlu hadiri empat sesi latihan setiap minggu.

"Secara mental dan fizikal mengimbangi sekolah dan sukan, agak susah untuk membahagikan masa untuk berlatih dan pelajaran saya. Sekarang fokus lebih kepada sukan saya. Selepas Sukan SEA ini, saya akan perlu mengulangkaji pelajaran yang saya terlepas untuk bulan-bulan sebelum ini," ujar Aniq.

"Sebagai seorang pelajar yang akan mewakili Singapura dalam Sukan SEA, saya memberikan masa lebih kepada sukan daripada akademik. Dalam masa yang sama, saya tidak banyak luangkan masa dengan keluarga dan kawan-kawan," tambahnya.

Aniq juga perlu membahagikan masa untuk pertandingan Sukan Sekolah Kebangsaan yang berlangsung kini sejak 18 April lalu.

'

Pasukan sekolahnya, sejauh ini sudah menewaskan ketiga-tiga pasukan lawan daripada sekolah Raffles Institution, Maktab Rendah Yishun Innova dan Maktab Rendah Eunoia.

Namun, segala pengorbanan Aniq diharapkannya akan berbaloi untuk Sukan SEA nanti.

Aniq berkata, "Saya harap untuk membawa lebih kepada kumpulan ini dan harapan saya adalah untuk mendapatkan pingat dan membanggakan ibu bapa saya."

Pasukan bola tampar lelaki negara akan berlepas ke Kemboja pada Isnin depan (1 Mei).

Dalam perlawanan pertama, mereka akan berdepan dengan pasukan tuan rumah Kemboja pada Rabu depan (3 Mei).

Sumber : BERITA Mediacorp/hk

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan