Pemain bola sepak, Ahmad Munthaha cemerlang dalam peperiksaan peringkat 'A'
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Walaupun sibuk mengejar impiannya sebagai pemain bola sepak profesional, Ahmad Munthaha tidak mengabaikan pelajarannya dan berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan GCE ‘A’ Level yang diumumkan baru-baru ini.
Pelajar Raffles Institution itu meraih tiga gred ‘A’ dan satu gred ‘B’.
Baru-baru ini, Ahmad turut menandatangani kontrak profesional bersama kelab bola sepak Geylang International FC — satu pencapaian yang disifatkannya sebagai “peluang keemasan”.
Dia perlu menjalani jadual latihan bola sepak yang padat setiap minggu.
“Saya rasa saya menandatangani kontrak profesional dengan Geylang International FC kerana saya rasa itu satu langkah yang penting untuk saya mencapai cita-cita saya untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesional,” katanya kepada wartawan Nurfazirah Azman.
Dia juga menanam harapan suatu hari nanti dapat mewakili Singapura dalam pertandingan antarabangsa.
KORBANKAN WAKTU TIDUR
Namun, kejayaan Ahmad tidak datang dengan mudah.
Di sebalik pencapaian akademik dan kejayaan di padang bola, tersembunyi rutin harian yang menuntut disiplin tinggi serta pengorbanan besar.
Setiap minggu, beliau menghadiri antara empat hingga lima sesi latihan bersama kelab, selain tiga sesi latihan untuk kegiatan kokurikulum (CCA) di sekolah.
Jadual yang padat itu menjadi cabaran utama baginya sebagai seorang pelajar dan atlet.
“Saya rasa cabaran utama adalah mengimbangi masa, tenaga, pelajaran dan bermain bola sepak. Memang berat dalam satu minggu, cuma ada tujuh hari tapi latihan saya boleh sebanyak lapan atau sembilan kali seminggu," kongsinya.
Selepas tamat waktu sekolah, Ahmad biasanya terus menuju ke padang latihan sebelum pulang pada waktu malam untuk menyiapkan tugasan sekolah bagi hari berikutnya.
Keadaan ini kadangkala menuntut pengorbanan dari segi masa rehat.
“Setiap hari saya akan berasa penat dan kadang-kala saya harus mengorbankan masa tidur saya tetapi saya faham bahawa ini adalah satu pengorbanan dan satu pilihan yang saya bangga untuk menghadapinya," kata Ahmad.
SOKONGAN KELUARGA JADI PEMACU SEMANGAT
Di sebalik jadual yang mencabar itu, Ahmad bersyukur kerana mendapat sokongan kuat daripada keluarganya.
Mereka sering hadir menyokongnya semasa perlawanan dan membantunya dari segi logistik harian seperti menghantar dan menjemputnya dari sekolah serta latihan.
Bagi Ahmad, kehadiran dan dorongan keluarga menjadi sumber kekuatan yang membantunya terus melangkah walaupun penat.
Walaupun kini bergelar pemain profesional, dia menegaskan bahawa pendidikannya tetap menjadi keutamaan.
Selepas habis perkhidmatan negara kelak, dia ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.
“Apa yang pasti saya akan lakukan yang terbaik dalam bidang bola sepak dan juga dalam pelajaran saya. Saya masih ingin meneruskan kedua dua bola sepak dan pelajaran saya," kongsi Ahmad.
Baginya, menandatangani kontrak profesional itu ibarat permulaan kepada sebuah perjalanan yang lebih panjang dalam mengejar dua impian besar di padang bola dan dunia akademik.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.