Skip to main content

Singapura

Peluasan tapak latihan SAF di Queensland berjalan lancar, kata Dr Ng

Anggaran Waktu Membaca:

AUSTRALIA: Kerja meluaskan kawasan latihan SAF di Queensland, Australia, berjalan lancar meskipun pandemik COVID-19 melanda.

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen memberi kemas kini itu semasa melawat Latihan Wallaby.

Di bawah perjanjian yang dimeterai kedua-dua negara pada 2020, Kawasan Latihan Shoalwater Bay akan diluaskan menjelang tahun 2024 manakala Kawasan Latihan Greenvale yang baru dijadualkan siap menjelang 2028.

Luas kawasan latihan itu kelak 10 kali ganda lebih besar daripada saiz Singapura.

Kawasan yang lebih luas itu akan membolehkan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menjalankan latihan bersepadu berskala besar, melibatkan sehingga 14,000 askar dan 2,400 kenderaan serta peralatan.

Di samping itu, ada juga kemudahan-kemudahan canggih seperti tempat latihan menembak.

Dr Ng berkata pembangunan itu telah meningkatkan keyakinan negara dalam keupayaan SAF serta hubungan dengan Australia.

Dr Ng dijadualkan bertemu Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Australia dalam masa dua hari akan datang.

Mereka akan meneroka lebih banyak bidang kerjasama pertahanan serta berkongsi inisiatif diplomasi.

Ini termasuk cara-cara menangani persaingan Amerika Syarikat dengan China dan keadaan di Ukraine. 

Sumber : CNA/RU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita