Peluang latihan baru demi membentuk semula pekerjaan masa depan susuli laporan pengurusan bakat rantaian bekalan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Peluang latihan baru bagi para pekerja rantaian bekalan sedang dibangunkan demi membentuk semula pekerjaan masa depan industri ini.
Ini penting kerana lebih 30 peratus daripada pekerjaan pengurusan rantaian bekalan atau SCM, akan menjadi lapuk dalam dua tahun akan datang.
Demikian menurut satu laporan bersama oleh Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), SkillsFuture Singapura dan Agensi Tenaga Kerja Singapura.
Peralihan ini didorong oleh tiga trend global utama iaitu pendigitalan, kemampanan dan keperluan untuk mewujudkan rantaian bekalan yang berdaya tahan.
Sekitar 70,000 orang kini bekerja dalam tugas yang melibatkan pembelian bahan mentah sehinggalah kepada pengeluaran.
Menjelang tahun 2025, 12 daripada 38 pekerjaan pengurusan rantaian bekalan akan menjalani satu perubahan sederhana dari segi tugasannya.
Ini bermakna, para pekerjanya akan mempunyai tugasan baru yang juga memerlukan kemahiran baru.
Misalnya, seorang pekerja perkhidmatan pelanggan akan memerlukan kemahiran seperti analisis data.
Ia bertujuan meningkatkan hasil penjualan dan mendekati lebih ramai pelanggan.
Trend global seperti pendigitalan juga sudah meningkatkan daya penghasilan dengan mengautomasikan tugasan manual dan berulang.
Tapi, ini juga bermakna bahawa para pekerja memerlukan kemahiran digital lanjutan, seperti analisis data lebih rumit untuk melakukan tugasan mereka.
Untuk mempersiap terhadap sebarang gangguan pada masa hadapan, sektor ini juga sedang mempelbagaikan sumber produk mereka dan meningkatkan lagi perancangan kesinambungan perniagaan.
Ini juga bermakna, perlu mewujudkan pengurusan risiko yang lebih cekap lagi.
Seperti industri-industri lain, pengurusan rantaian bekalan juga memanfaatkan amalan mesra alam.
Ini memerlukan pakar-pakar SCM supaya mengembang, mengurus dan melaksanakan rangka kerja kemampanan.
Lantaran itu, Singapura sedang memperkenalkan beberapa inisiatif baru untuk menyokong proses latihan tenaga kerja ini.
Ini termasuk dengan mengadakan kelas pakar, program mereka semula pekerjaan dan latihan sambil bekerja bagi para pekerja pertengahan kerjaya.
Selain itu, untuk membantu syarikat-syarikat menjalani peralihan, Lembaga Ekonomi Singapura dan SkillsFuture Singapura juga akan melancarkan satu panduan rujukan menjelang akhir bulan ini.
Ia akan mengandungi trend-trend terkini yang membentuk pekerjaan SCM dan maklumatnya juga boleh didapatkan di laman EDB.
Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan Low Yen Ling berkata: "Dapatan-dapatan ini akan membimbing penyedia latihan kami dalam pembangunan kurikulum dan juga membantu perusahaan meningkatkan lagi program latihan SCM dalam syarikat, serta membantu para pekerja melengkapi diri mereka dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk meningkatkan kemahiran demi meraih kerjaya yang memuaskan dalam sektor SCM."

Sumber : CNA/IZ/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.