Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peluang kunjung tapak pelupusan sampah Semakau sempena karnival tahunan Bersih dan Hijau

Buat pertama kalinya, orang ramai berpeluang melawat tempat-tempat yang sukar untuk dikunjungi seperti tapak pelupusan sampah Semakau sebagai sebahagian daripada karnival tahunan Singapura Bersih dan Hijau. 

Anggaran Waktu Membaca:
Peluang kunjung tapak pelupusan sampah Semakau sempena karnival tahunan Bersih dan Hijau
Diterbitkan : 02 Nov 2019 05:57PM Dikemas Kini : 02 Nov 2019 06:01PM

SINGAPURA: Buat pertama kalinya, orang ramai berpeluang melawat tempat-tempat yang sukar untuk dikunjungi seperti tapak pelupusan sampah Semakau sebagai sebahagian daripada karnival tahunan Singapura Bersih dan Hijau.

Acara yang dirasmikan hari ini (2 Nov) bertujuan menggalak lebih ramai orang menjaga alam sekitar.

Para pelajar yang menyertai acara tersebut melakukan aktiviti berkebun di Kampung Kampus, yang merupakan kebun organik di Sembawang.

Ia bukan sesuatu yang biasa dilihat terutama bila Singapura hanya memperuntukkan 1 peratus tanah bagi tujuan pertanian.

Lawatan itu dianjurkan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) untuk menggalak orang ramai mengurangkan sisa.

Tempat-tempat lain termasuk tapak pelupusan sampah Semakau dan kemudahan mengasingkan sampah di Jalan Bukit Merah.

Sejauh ini, sekitar 400 orang sudah mengambil bahagian dan ia merupakan kali pertama NEA menganjurkannya sempena Karnival Bersih dan Hijau.

Di Jurong East pula, satu acara menanam pokok diadakan bagi menggalak orang awam memelihara alam sekitar menerusi tabiat-tabiat yang mampan.

"Perubahan iklim akan menjejas sekitaran kita, menyebabkan episod cuaca buruk yang lebih kerap dan berpotensi menjejas akses kita kepada makanan asas, air dan sumber tenaga. Kita semua mempunyai peranan untuk melindungi dan menjaga negara kita," menurut Menteri Kanan Encik Teo Chee Hean.

Karnival tersebut juga menampilkan gerai-gerai interaktif mengenai topik-topik seperti sifar sisa, kecekapan tenaga dan perubahan iklim.

Ia dijangka menarik hampir 20,000 pengunjung sepanjang tiga hari. 

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan