Peluang hamil menerusi prosedur IVF di sini meningkat dengan bantuan teknologi AI
Pasangan yang menjalani prosedur rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) tidak lama lagi akan melihat peluang mereka untuk hamil meningkat. Ini dengan bantuan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang boleh menentukan embrio yang sesuai bagi prosedur tersebut.
SINGAPURA: Pasangan yang menjalani prosedur rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) tidak lama lagi akan melihat peluang mereka untuk hamil meningkat.
Ini dengan bantuan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang boleh menentukan embrio yang sesuai bagi prosedur tersebut.
Sistem tersebut yang diperkenalkan penyedia khidmat Virtus Health dan diluluskan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) serta Kementerian Kesihatan (MOH) akan dilancarkan bulan depan.
Mutu embrio yang lebih baik akan meningkatkan peluang untuk hamil menerusi kaedah IVF.
Selepas embrio yang terbaik dikenal pasti, ia akan dimasukkan ke dalam rahim wanita yang menjalani IVF.
Buat masa ini, para pakar menilai secara manual sesuatu embrio dan menentukan mutunya berdasarkan ciri-cirinya
Bagaimanapun dengan menggunakan AI, ia akan menilai mutu embrio menerusi imej keadaannya seperti saiz sel-sel dalam embrio dan bentuknya.
AI akan melakukan penilaian itu menggunakan imej-imej selang masa embrio di dalam inkubator.
Namun demikian AI serta aplikasinya dalam sektor jagaan kesihatan menimbulkan keprihatinan dari sudut etika.
Tetapi para pakar berpendapat kaedah tersebut hanya melibatkan pemilihan embrio yang bermutu, yang mampu menempuhi proses kehamilan tanpa keguguran.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.