Skip to main content

Singapura

Peluang dapat kerja lulusan universiti privet kekal lebih rendah berbanding universiti awam

Para siswazah lulusan universiti privet terus ketinggalan berbanding rakan-rakan mereka dari universiti awam tempatan dari segi peluang mendapat pekerjaan dan dalam gaji permulaan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 16 Nov 2017 05:54PM Dikemas Kini : 16 Nov 2017 10:57PM

SINGAPURA: Para siswazah lulusan universiti privet terus ketinggalan berbanding rakan-rakan mereka dari universiti awam tempatan dari segi peluang mendapat pekerjaan dan dalam gaji permulaan.

Demikian hasil satu tinjauan pekerjaan para siswazah oleh Jawatankuasa Pendidikan Privet.

Sekitar 60% siswazah baru universiti privet mendapat pekerjaan sepenuh masa dalam masa enam bulan selepas lulus.

Ini berbanding 80% bagi siswazah lulusan universiti awam.

Tinjauan itu juga menunjukkan bahawa gaji permulaan para graduan privet adalah sebanyak $2,550. Ini kurang $775 daripada gaji permulaan siswazah universiti awam.

Sekitar 3,500 siswazah daripada 40 institusi privet menyertai tinjauan itu.

Sumber : CNA/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita