Pelitup tidak lagi diwajibkan bagi persekitaran kesihatan berisiko rendah seperti poliklinik, klinik GP
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Calvin Oh/CNA
SINGAPURA: Mulai 1 Mac, orang ramai tidak lagi diwajibkan memakai pelitup bagi sesetengah persekitaran kesihatan yang dianggap berisiko lebih rendah, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Khamis (29 Feb) sedang kementerian itu menyesuaikan langkah-langkah COVID-19 negara ini.
“Memakai pelitup tidak lagi diwajibkan bagi pesakit, penziarah dan kakitangan di kawasan pesakit luar, termasuk poliklinik, klinik GP, klinik pesakit luar pakar, pusat dialisis, klinik Perubatan Tradisional Cina dan klinik pergigian,” menurut MOH.
"Sungguhpun demikian, pemakaian pelitup masih sangat digalakkan bagi para individu yang mudah terdedah dari segi perubatan, warga emas dan individu yang mengalami jangkitan pernafasan akut (ARI) dalam persekitaran sebegini."
Pemakaian pelitup masih diperlukan untuk persekitaran jagaan kesihatan yang berisiko tinggi, seperti wad hospital, jabatan kecemasan dan rumah jagaan.
"Kami merancang untuk menjadikannya sebagai satu keperluan tetap, untuk mempertingkatkan amalan-amalan mengawal jangkitan am di kawasan-kawasan seperti ini," menurut MOH.
“Pesakit dalam hospital dan penghuni rumah jagaan tidak perlu memakai pelitup. Namun begitu, sebagai amalan yang baik, kami menggalakkan penghuni dan pesakit memakai pelitup jika mereka tidak sihat atau mengalami simptom ARI.”
MOH turut menarik perhatian bahawa sudah setahun tahap Keadaan Sistem Respons Wabak Penyakit (DORSCON) ditukar kepada hijau.
"Selama ini, kita sudah hidup dengan COVID-19 sebagai penyakit endemik dan mengharungi dua gelombang jangkitan utama tanpa perlu mengenakan sekatan-sekatan lanjut," tambah MOH.
SARAN KEMAS KINI VAKSINASI
Semasa mengumumkan saranan supaya vaksinasi COVID-19 dikemas kini, MOH menyatakan pada Khamis bahawa dua dos awal vaksin COVID-19 mencukupi untuk memastikan tahap perlindungan asas, berbanding tiga dos yang disarankan sebelum ini.
Ini kerana sebahagian besar penduduk akan mengalami satu atau lebih jangkitan COVID-19 dan akan mempunyai perlindungan asas walaupun tidak divaksin, menurut MOH.
Sungguhpun demikian, orang ramai masih perlu mendapatkan sebarang dos tambahan yang ditawarkan atau disarankan kepada mereka, tegas MOH.
Garis panduannya seperti berikut:
Dos tambahan disarankan untuk semua individu yang berusia 60 tahun ke atas, individu yang mudah terdedah dari segi perubatan, dan penghuni kemudahan jagaan warga emas.

- Individu yang tidak divaksin harus mendapatkan dua dos vaksin awal, dengan jarak lapan minggu antara kedua-dua dos tersebut.
- Dos tambahan bagi vaksin yang dikemas kini untuk 2024 masih disarankan dan harus diambil sekitar satu tahun (dan bukan lebih awal daripada lima bulan) selepas dos terakhir diberikan.
Dos tambahan disarankan untuk semua individu yang berusia 60 tahun ke atas, individu yang mudah terdedah dari segi perubatan, dan penghuni kemudahan jagaan warga emas.
Sumber : CNA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.