Pelitup pembedahan, N95 percuma bagi penduduk mulai 26 Ogos
Setiap isi rumah di Singapura boleh mendapatkan 50 pelitup pembedahan gred perubatan dan 25 pelitup N95 di pasar raya dan pusat beli-belah terpilih mulai 26 Ogos, sebagai sebahagian daripada inisiatif Yayasan Temasek.

Gambar Hiasan: Mark Marcus Ramos
SINGAPURA: Setiap isi rumah di Singapura boleh mendapatkan 50 pelitup pembedahan gred perubatan dan 25 pelitup N95 di pasar raya dan pusat beli-belah terpilih mulai 26 Ogos, sebagai sebahagian daripada inisiatif Yayasan Temasek.
Dalam memberikan perincian tentang pengagihan pelitup terkini itu, Ketua Eksekutif Temasek Holdings Cik Ho Ching berkata tempoh pengambilan pelitup akan berlangsung sepanjang sebulan.
"Oleh itu, pertimbangkan untuk elak tiga hari pertama pengambilan pelitup - pengalaman sebelum ini menunjukkan bahawa hari-hari tersebut mungkin akan menyaksikan permintaan tinggi sebelum jumlahnya berkurangan," tulis Cik Ho dalam satu catatan Facebook pada Selasa (17 Ogos).
Pelitup-pelitup itu boleh diambil dari pasar raya lebih besar termasuk Sheng Siong, Prime, NTUC FairPrice, Cold Storage dan Giant serta pusat beli-belah CapitaLand terpilih.
"Barangan ini besar - maka itu, farmasi-farmasi tidak menyertai pengagihan kali ini kerana cawangannya terlalu kecil untuk menyimpan bekalan," tulis Cik Ho sambil menambah orang ramai boleh melungsuri online untuk mendapatkan maklumat tentang 131 cawangan yang mengambil bahagian.
Penduduk yang mahu mengambil pelitup mereka dikehendaki menunjukkan bil api air SP Group elektronik atau yang dicetak yang memaparkan nombor akaun mereka. Mereka juga harus membawa bag sendiri untuk menyimpan pelitup-pelitup itu, kata Cik Ho.
Pengagihan pelitup terbaru itu diumumkan Cik Ho pada 4 Ogos apabila beliau mengumumkan bahawa Yayasan Temasek akan menawarkan pelitup pembedahan gred perubatan secara percuma disebabkan varian Delta yang lebih mudah berjangkit berbanding varian COVID-19 yang lain.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.