Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelitup muka tidak wajib bagi para penumpang kapal pesiaran

Anggaran Waktu Membaca:
Pelitup muka tidak wajib bagi para penumpang kapal pesiaran

Kapal Quantum of the Seas Royal Caribbean International. (Gambar: Jeremy Long)

SINGAPURA: Tidak wajib bagi penumpang kapal pesiaran untuk memakai pelitup muka mulai Isnin (29 Ogos) sedang Singapura melonggarkan peraturan memakai pelitup.

Demikian menurut dua pengendali kapal persiaran, Royal Caribbean dan Celebrity Cruises.

Dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp, seorang jurucakap dari Royal Caribbean berkata para penumpangnya tidak lagi diperlukan untuk memakai pelitup muka di tempat tertutup semasa berada di atas kapal pesiaran mulai Isnin depan.

Bagaimanapun, kakitangannya perlu terus memakai pelitup muka.

Bukan itu sahaja, ia tidak memerlukan penumpang yang sudah lengkap divaksin untuk melakukan ujian bagi COVID-19 sebelum kapal pesiaran berlepas, tambah jurucakap itu lagi.

Begitu juga bagi penumpang kapal pesiaran Celebrity Cruises, di mana ia menjadi pilihan bagi para penumpangnya untuk memakai pelitup muka.

Namun, menurut penolong naib presiden perhubungan awam kapal pesiaran, Cik Susan Lomax, ia "sangat mengesyorkan" para tetamu yang belum divaksin supaya terus memakai pelitup muka ketika berada di atas kapal.

"Pelitup muka menjadi pilihan di terminal kapal pesiaran sepanjang menaiki, menjalani pemeriksaan dan semasa turun, kecuali diperlukan peraturan tempatan. Kami akan memaklumkan kepada para tetamu di terminal jika pelitup muka diperlukan," kata beliau.

Mediacorp juga sudahpun cuba mendapatkan komen daripada dua lagi kapal pesiaran, Resorts World Cruises dan Regent Seven Seas.

Pada Rabu, Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan bahawa pelitup muka akan menjadi pilihan di kebanyakan tempat tertutup mulai Isnin depan kecuali dalam pengangkutan awam dan kemudahan jagaan kesihatan.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan