Skip to main content

Singapura

Pelibatan rakyat S'pura dalam Perbarisan Hari Kebangsaan Perancis dinantikan dengan ghairah

Masyarakat Singapura di Perancis mengikuti pelibatan Singapura dalam Perbarisan Hari Kebangsaan Perancis Sabtu lalu (14 Jul) dengan penuh ghairah.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 16 Jul 2018 06:04PM Dikemas Kini : 16 Jul 2018 10:22PM

SINGAPURA: Masyarakat Singapura di Perancis mengikuti pelibatan Singapura dalam Perbarisan Hari Kebangsaan Perancis Sabtu lalu (14 Jul) dengan penuh ghairah.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong menjadi tetamu terhormat, sekaligus pemimpin Singapura pertama untuk menerima penghormatan sedemikian sementera Tentera Udara Singapura (RSAF) juga terlibat dalam perbarisan itu buat pertama kali.

Sekitar 300 rakyat Singapura menghadiri acara sambutan Hari Kebangsaan Singapura yang ke-53 di Paris.

Delegasi Singapura yang hadir di acara itu termasuk Menteri Pertahanan Ng Eng Hen, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing.

Turut hadir adalah Mejar Nicholas Tong, salah seorang daripada enam pegawai RSAF yang menyertai Perbarisan Hari Kebangsaan Perancis, sebagai tanda simbolik hubungan dua hala yang kukuh.

Beliau merupakan komander bagi Kontinjen Bendera Singapura yang berbaris bersama kontinjen Perancis dan Jepun manakala dua lagi rakan sejawatannya terlibat dalam acara terbang lalu Perancis-Singapura.

"Cabaran terbesar bagi perbarisan ini adalah menyiapkan latihannya kerana kita mempunyai tiga kontinjen berbeza - Jepun, Perancis dan Singapura. Kita semua mempunyai budaya dan tradisi berbeza, jadi untuk seminggu, ia cabaran yang besar untuk melakukannya bersama-sama," kata Mejar Nicholas Tong.  

Sumber : CNA/NF/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita