Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelepasan kastam lebih cepat bagi para pelancong UK ke S'pura

Para pemegang pasport Britain yang layak, boleh melepasi sistem imigresen lebih pantas apabila tiba di Singapura mulai Khamis (13 Jun). 

Anggaran Waktu Membaca:
Pelepasan kastam lebih cepat bagi para pelancong UK ke S'pura

(Gambar: Francois Lenoir/REUTERS)

Diterbitkan : 13 Jun 2019 10:06PM Dikemas Kini : 13 Jun 2019 10:10PM

SINGAPURA: Para pemegang pasport Britain yang layak, boleh melepasi sistem imigresen lebih pantas apabila tiba di Singapura mulai Khamis (13 Jun).

Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) akan melanjutkan Program Pengunjung Kerap ke Singapura (FTP) kepada para pemegang pasport United Kingdom yang layak dan semua pemegang Kad Perniagaan Perjalanan APEC, menurut ICA.

Warga Britain yang ingin memohon untuk FTP Singapura mesti berusia enam tahun dan ke atas dan memegang pasport yang sah dan masih boleh digunakan melebihi tempoh enam bulan.

Mereka juga mesti pernah mengunjungi Singapura sekurang-kurangnya dua kali sejak dua tahun lalu.

Para pemegang Kad Perniagaan Perjalanan APEC yang mengendalikan gerakan para pelancong peniagaan di kalangan anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik boleh juga memohon untuk FTP.

Ini menyusuli pemerintah United Kingdom mengumumkan pada Disember 2018 bahawa rakyat Singapura yang melakukan perjalanan ke United Kingdom oleh menggunakan laluan ePassport - jenis pelepasan imigresen Britain yang sama seperti sistem pelepasan imigresen automatik atau eIACS - mulai 2019.

Kemudahan itu akan memberikan para pelancong "lebih banyak kesenangan," menurut ICA dalam satu kenyataan.

Mereka yang berminat boleh membuat permohonan bagi FTP di pusat-pusat pendaftaran yang terletak di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi, pusat khidmat pengunjung di Bangunan ICA, serta di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas, menurut ICA. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan