Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelepasan Imigresen lebih pantas bagi pemegang pasport Thai di S'pura

Para pemegang pasport Thailand yang layak tidak lama lagi boleh menikmati pelepasan imigresen lebih pantas apabila mereka tiba di Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelepasan Imigresen lebih pantas bagi pemegang pasport Thai di S'pura

Terminal 4 Lapangan Terbang Changi. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 20 Sep 2018 01:16PM Dikemas Kini : 20 Sep 2018 01:23PM

SINGAPURA: Para pemegang pasport Thailand yang layak tidak lama lagi boleh menikmati pelepasan imigresen lebih pantas apabila mereka tiba di Singapura.

Bermula Isnin depan (24 Sep) para pemegang pasport Thai berusia enam tahun dan ke atas yang pernah mengunjungi Singapura sekurang-kurangnya dua kali dalam tempoh dua tahun lalu, boleh membuat permohonan untuk menggunakan kemudahan-kemudahan pelepasan automatik di pusat-pusat pemeriksaan Singapura. Demikian menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) hari ini (20 Sep).

Program Pengunjung Kerap itu membolehkan para pelancong yang layak untuk mendapatkan pelepasan imigresen lebih pantas dengan melalui kemudahan pelepasan automatik, atau lebih dikenali sebagai Sistem Pelepasan Automatik Imigresen (eIACS). Permohonan boleh dibuat secara percuma dan sukarela.

Kemudahan serupa sudah ditawarkan di Thailand bagi para pemegang pasport Singapura yang layak.

"Dengan kedua-dua negara menawarkan kemudahan ini, ia mampu merangsang perdagangan, perniagaan dan pelancongan antara kedua-dua negara," menurut ICA.

Para pemegang pasport Thailand boleh membuat permohonan bagi Program Pengunjung Kerap di pusat-pusat pendaftaran yang terletak di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi, pusat khidmat pelancong di bangunan ICA, Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan