Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelepasan imigresen di pusat pemeriksaan darat dan udara kembali sedia kala, kata ICA

Anggaran Waktu Membaca:
Pelepasan imigresen di pusat pemeriksaan darat dan udara kembali sedia kala, kata ICA

(Gambar: Kelwin Li)

Diterbitkan : 31 Mar 2023 01:08PM Dikemas Kini : 31 Mar 2023 06:09PM

SINGAPURA: Sistem pelepasan imigresen di pusat pemeriksaan darat dan udara sudah kembali seperti sedia kala.

Demikian menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kemas kini di Facebook pada 3.58 petang Jumaat (31 Mac).

ICA menyatakan pihaknya sedang menyiasat punca gangguan kepada sistem imigresen yang menyebabkan  
orang ramai terpaksa menunggu lebih lama, hampir empat jam hari ini.

Agensi itu pertama kali mengumumkan berlaku gangguan pada sistem imigresen menerusi hantaran ke Facebook pada pukul 11.28 pagi.  

Dalam satu kemas kini sekitar pukul 12.00 tengah hari, ICA menyatakan, pelepasan penumpang masih dijalankan, tetapi menasihatkan orang ramai supaya menangguhkan perjalanan tidak penting jika perlu.

"ICA menzahirkan rasa kesal atas kesulitan yang dialami oleh orang ramai dan memohon pemahaman dan kesabaran mereka." 

Dalam satu hantaran berasingan di Facebook, Lapangan Terbang Changi menyatakan, gangguan sistem imigresen menjejas laluan automatik bagi penumpang yang berangkat dan tiba di kesemua empat terminal. 

"Penumpang harus menjangkakan tempoh menunggu lebih lama dan mendekati kakitangan kami jika bantuan diperlukan." 

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Changi Airport Group menyatakan, ia sedang membantu penumpang di terminal-terminal lapangan terbang dan memberikan keutamaan kepada mereka yang harus segera berangkat. 

Gambar yang dihantar kepada Mediacorp oleh seorang pembaca, Kelwin Li, menunjukkan orang ramai beratur di Terminal 4 Lapangan Terbang Changi. 

(Gambar: Kelwin Li)

Rakaman masa nyata di Pusat Pemeriksaan Tuas dan Woodlands menerusi laman onemotoring juga menunjukkan banyak kenderaan yang beratur menuju ke koswe.

Namun tiada gangguan kepada pemeriksaan imigresen di pusat pemeriksaan laut.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan