Pelepasan imigresen automatik sepenuhnya dalam kereta bakal diuji di Pusat Pemeriksaan Tuas
Anggaran Waktu Membaca:
Sistem APCS untuk kereta dipamerkan semasa seminar pelan kerja ICA, 8 Mei 2026. (Gambar: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Sistem pelepasan imigresen dalam kenderaan secara automatik sepenuhnya untuk pemandu dan penumpang kereta akan diuji di Pusat Pemeriksaan Tuas dalam masa beberapa bulan akan datang. Langkah ini bertujuan untuk melaksanakan sistem tersebut di seluruh sempadan darat Singapura bermula 2027, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Jumaat (8 Mei).
Menggunakan Sistem Pelepasan Penumpang Automatik (APCS), pemandu dan penumpang kereta boleh menyelesaikan urusan pelepasan imigresen di dalam kenderaan mereka dengan hanya menunjukkan kod QR atau pasport pada kios di lorong APCS.
Kamera yang dipasang pada empat kios akan melakukan pengesahan biometrik muka. Tablet biometrik juga disediakan di lorong tersebut untuk memudahkan urusan penumpang di dalam kenderaan yang mungkin tidak mempunyai akses tingkap ke arah kios.
Ini bermakna para pegawai imigresen tidak lagi perlu berada di dalam pos untuk memeriksa pelawat secara manual.
"Automasi ini juga membolehkan pegawai ditugaskan semula daripada fungsi pemeriksaan manual kepada peranan yang lebih bernilai tinggi seperti pemprofilan, menjalankan temu bual sasaran dan siasatan, sekali gus memperkukuh kawalan keselamatan sempadan ICA secara keseluruhan," menurut ICA.
Maklum balas pengguna akan dikumpul semasa tempoh ujian bagi membolehkan ICA memperhalusi sistem tersebut untuk keberkesanan operasi.
ICA sebelum ini mengumumkan pada 2024 bahawa lorong APCS akan diperkenalkan secara berperingkat di pusat-pusat pemeriksaan darat. Pada Jumaat (8 Mei), agensi itu menyatakan sistem tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat di Pusat Pemeriksaan Tuas mulai awal 2027, sebelum diperluaskan ke Pusat Pemeriksaan Woodlands yang dibangunkan semula.
Bercakap di seminar pelan kerja tahunan ICA di Pusat Konvensyen Marina Bay Sands pada Jumaat, Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, K. Shanmugam berkata ICA akan terus melaksanakan rancangan masa depan untuk imigresen dan keselamatan sempadan yang lebih baik.
"Kita semua yakin bahawa ICA, seperti jabatan Home Team yang lain, akan terus kekal tangkas dan inovatif," tambah beliau. "Kami berharap ICA akan terus menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia sambil memastikan Singapura kekal selamat dan terjamin."
Bagi menangani jumlah pelawat yang meningkat dan sumber tenaga kerja yang terhad, ICA bekerjasama dengan Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX) untuk mengautomasikan pelepasan imigresen bagi pelawat yang menaiki kereta menerusi ujian satu lorong pada tahun 2022.
ICA melancarkan pelepasan imigresen kod QR untuk pelawat yang menaiki kereta di pusat pemeriksaan pada Mac 2024.
Sebelum memulakan perjalanan, pelawat boleh mewujudkan kod QR individu atau kumpulan melalui aplikasi MyICA.
Setiba di pusat pemeriksaan, mereka hanya perlu mengimbas kod QR tersebut di kaunter kereta tanpa perlu menunjukkan pasport kepada pegawai imigresen.
"Pelaksanaan APCS untuk kereta dijangka memberikan manfaat besar dari segi operasi dan kepada pengguna," menurut ICA.
"Dengan beralih daripada pemeriksaan wajah secara manual kepada pengesahan biometrik di lorong APCS, keselamatan sempadan akan dipertingkatkan sambil mengurangkan pergantungan kepada kaunter yang dikendalikan pegawai."
ICA turut menyatakan bahawa dengan kurangnya keperluan untuk campur tangan manual, seorang pegawai boleh memantau pelbagai lorong secara jarak jauh melalui papan pemuka. Ini memberikan akses kepada paparan kamera secara langsung di lorong APCS, dan pelawat boleh berkomunikasi terus dengan pegawai melalui khidmat interkom di setiap lorong.
Lorong APCS untuk kereta juga boleh disusun atur untuk memeriksa sehingga dua buah motosikal pada satu-satu masa, bergantung kepada keadaan trafik dan keperluan operasi.
Selain itu, ICA akan melaksanakan APCS untuk kenderaan muatan bermula awal tahun depan di Pusat Pemeriksaan Tuas sebelum diperluaskan ke Pusat Pemeriksaan Woodlands yang dibangunkan semula.
Pemandu dan kelindan akan dapat melakukan pemeriksaan kendiri di dalam kenderaan muatan dengan menunjukkan kod QR atau pasport, diikuti dengan pengesahan biometrik tanpa sentuh di kios APCS Cargo.
Kios tersebut boleh diselaraskan ketinggiannya bagi memudahkan urusan pemandu dan penumpang dalam kenderaan muatan yang mempunyai ketinggian berbeza.
"Pelepasan imigresen automatik kini menjadi norma di pusat pemeriksaan Singapura, dan Singapura berkemungkinan besar menjadi negara pertama yang mencapainya untuk semua pelawat," menurut ICA.
"Sejak Mei 2024, semua pelawat asing yang tiba di Singapura boleh menggunakan lorong automatik tanpa perlu melakukan pendaftaran awal."

Sumber : CNA/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.