Pelbagai usaha NUHS untuk kurangkan penggunaan tenaga berjaya jimatkan kuasa elektrik
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pelbagai usaha Sistem Kesihatan Universiti Nasional (NUHS) dilaksanakan tahun lalu untuk mengurangkan penggunaan tenaga berhasil menjimatkan kuasa elektrik.
Penjimatan tersebut sepadan dengan yang boleh digunakan untuk sekitar 13,800 flat 4-bilik Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) selama setahun.
Perkara tersebut didedahkan sempena satu simposium kemampanan jagaan kesihatan pada Isnin (22 Apr).
NUHS menyatakan, jejak karbon yang berjaya dikurangkan pula, bersamaan dengan menanam lebih 360,000 benih pokok selama 10 tahun.
Semasa acara tersebut, NUHS mempamerkan pelbagai usahanya ke arah kemampanan, termasuk perkongsian bagi penjimatan tenaga dan teknologi sekitaran yang lebih inovatif.
Ketiga-tiga kelompok jagaan kesihatan tempatan, agensi-agensi pemerintah serta rakan kerja yang lain, juga berkongsi pandangan mengenai usaha kemampanan air dan tenaga, serta cara untuk menyemai tanggungjawab sekitaran merentasi pelbagai sektor.
"Ia menuntut inovasi, kerjasama, serta berkongsi komitmen bagi membina masa depan yang lebih saksama, berdaya tahan serta mampan untuk semua. Menerusi kerjasama, kreativiti dan komitmen kukuh ke arah perubahan, kita boleh mencipta huraian yang bukan sahaja meningkatkan keadaan pesakit, tetapi juga memajukan integriti ekologi," kata Menter Negara Kanan Kemampanan dan Sekitaran, Amy Khor.

Sumber : CNA/NY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.