Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelbagai tarikan di merata SG akan tawar promosi khas sempena sambutan SG60

Anggaran Waktu Membaca:
Pelbagai tarikan di merata SG akan tawar promosi khas sempena sambutan SG60

Muzium Madame Tussauds di Sentosa. (Gambar: Facebook/Madame Tussauds Singapore)

Diterbitkan : 13 Mar 2025 11:17PM Dikemas Kini : 13 Mar 2025 11:54PM
SINGAPURA: Sempena ulang tahun Singapura yang ke-60, anda boleh menjangkakan banyak promosi khas di merata negara ini.

Dari pengalaman makan malam yang lain daripada yang lain, kepada pameran interaktif memaparkan sejarah Singapura, para pengunjung bakal menikmati pelbagai promosi khas SG60.

Salah satu tempat adalah di restoran 'Absurdities', di mana setiap hidangan akan membawa anda ke tempat-tempat berbeza.

Mulai bulan Mei hingga Ogos pula, para pengunjung boleh menikmati diskaun sebanyak S$60 bagi makan malam dua orang.

"Dengan diskaun itu, kami dapat menarik lebih ramai orang datang dan melawat kami di Absurdities, serta menikmati penceritaan teater yang imersif dan jarang sekali dilihat di Singapura.

"Jadi dengan itu, kami berharap lebih ramai orang akan lihat, bidang seni Singapura tidak begitu malap," kata Ekskutif Operasi Absurdities SG Julietta Loh.

Satu lagi daya tarikan akan membawa sejarah dengan lebih dekat lagi kepada orang ramai.

Di Madame Tussauds, para pengunjung dibawa melayari detik-detik penting Singapura menerusi satu pameran baharu.

Dengan promosi khas SG60 iaitu S$60 bagi tiket dua orang, muzium itu berharap dapat memikat seganda jumlah pengunjung berbanding waktu biasa.

Lebih banyak promosi juga dijangka akan dikeluarkan pada masa akan datang.

Pengerusi Persatuan Tarikan SG David Lim berkata: "Saya rasa, inilah cara kami menunjukkan sokongan kepada rakyat Singapura yang merupakan pelanggan utama kami sepanjang 60 tahun lalu.

"Saya rasa ada tarikan yang sudah wujud sejak waktu itu. Dan jumlahnya sudah meningkat, dan kami berterima kasih. Ini adalah cara kami mengucapkan terima kasih kepada rakyat Singapura dan PR (Penduduk Tetap) yang membantu perniagaan kami selama ini. "
Sumber : CNA/NY/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan